Disaran Untuk “LEPASKAN” Kandungan.. Namun Selepas “Solat Istikharah”, Ibu Ini Bermimpi Bayi Cakap “SESUATU” Yang Buatkan Niat Ibu Tak Jadi!! SubhanAllah!!

Disaran Untuk “LEPASKAN” Kandungan.. Namun Selepas “Solat Istikharah”, Ibu Ini Bermimpi Bayi Cakap “SESUATU” Yang Buatkan Niat Ibu Tak Jadi!! SubhanAllah!! | BALING – ” Doktor maklum hayatnya tidak akan lama seperti bayi lain,” demikian luahan seorang ibu kepada bayi berusia 13 hari yang mempunyai masalah org4n dalaman.

Muhammad Hadif Amsyar Mohd Syahid yang mengalami b3ngkak di kedua bahagian buah pinggang terpaksa bergantung kepada mesin oksigen.

Bayi yang dilahirkan melalui kaedah pembedahan itu juga mempunyai masalah kesihatan seperti h4ti, usuus, limp4 dan p4ru-p4ru.

Ibunya, Siti Nor Aisyah Abdul Ghani,28, dari Kampung Banggol Berangan berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu kini menerima rawatan di Hospital Sungai Petani.

“Buah pinggang kiri dan kanan tidak berfungsi, saluran kumbahan juga bermasalah dan terpaksa bergantung kepada saluran tiub.

“Doktor juga terpaksa meletakkan beg plastik di bahagian perutnya kerana cecair kumbahan selalu keluar melalui tali pus4t,”katanya, di sini, hari ini.

Difahamkan, bayi berkenaan dalam perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) Baling.

Menurutnya, kandungannya ketika berusia lima bulan didapati bermasalah dan doktor menyarankan supaya ia ‘dilepaskan’.

“Sebelum buat keputusan itu, saya buat solat istikharah. Malam sama, saya bermimpi bertemu seorang bayi dan dia meminta agar diberinya peluang untuk hidup.

“Atas keyakinan ia adalah petunjuk daripada ALLAH, niat itu batalkan. Bagaimana sekalipun keadaan anak, dia adalah anak kandung sendiri dan akan pelihara sedaya upaya”katanya.

Siti berkata, sistem organ dalaman menyebabkan susu diberi tidak dapat dihadam dengan baik.

“Dia akan luahkan semula bila diberi minum susu, sehinggalah semalam doktor tidak benarkan anak diberi susu buat sementara sebab keadaannya yang perlu diberi perhatian. ”katanya.

Sementara itu, ayah, Muhammad Syahid Ismail,29, berkata, hatinya sedih dan sebak setiap kali melawat anak di situ.

“Saya tidak dapat tahan air mata daripada mengalir setiap kali lihat Muhammad Hadif. Diharap masyarakat mendoakan anak kami supaya cepat sembuh,”katanya.

Sumber: SinarHarian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*