Maya Karin Kongsi Detik Cemas Baju Dan Seluar Terbakar Disambar Api. Punca Didedahkan…




AKTRES Maya Karin berkongsi kejadian cemas apabila baju dan seluarnya terbakar selepas disambar api lilin yang dihias dalam sebuah bilik persalinan.

Maya yang menukar baju dalam bilik berkenaan hanya menyedari pakaiannya terbakar selepas kembali untuk menukar semula baju berkenaan yang ditempatkan di bilik itu.

“Sekali tu saya ada buat kerja sebagai pengacara majlis. Saya perlu tukar baju dengan cepat di bilik persalinan.

“Pihak penganjur pula hias bilik secantiknya dengan meletakkan bunga dan lilin dalam bilik itu. Apabila habis kerja nak tukar baju balik macam ini keadaannya,” kata Maya.

Pelakon filem Cun itu turut memuat naik foto menggambarkan keadaan bilik berkenaan berasap apabila seluar jeannya terbakar.

Maya berkata, dia mendapat pengajaran berharga dalam kejadian itu.

“Pengajarannya, jangan campak baju dekat lilin!” katanya.

Foto tersebut turut mendapat perhatian netizen yang meminta aktres berkenaan lebih berhati-hati.

Ada juga yang menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang lucu namun boleh mengundang bahaya.

“Tak tahu nak gelak atau nak kesian. Macam kesian tapi kelakar pula,” ujar netizen.

Maya berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.

maya_karin Sekali tu i buat job mc. Pas tu kena quickly tukar baju dekat changing room sementara yang organizer cuba buat secantiknye. Dia letak la bunga dan lilin. 
Bila habis kerja nak change baju balik macam ni la keadaannye… 🤣
Lesson learnt, jangan campak baju dekat lilin!
#adventuresofmylife #jambanterbaqak

Apa Komen Netizen

chekfahd Mujur ada baju extra, kalau tak ada jenuh dah.. Hahaha, jangan main2 dgn lilin,,

fifiesyaffiqa Wehhhhhh …. tak tahu nak gelak ke nak kesian … dia macam kesian … tapi kelakar

kesuma_puteri Alah kesianya kak Maya nanti i beli kan baju baru yee😄😂😂❤

hafizrafie_ Seram pulkk 😂😂 .. apa perasaan bila masuk bilik ni 👻👻

rosmalizarahim Nasib baik x terbakar tmpt tu😅

mohdzaidi7703 hisap rokok pakai baju melayu pun boleh berlubang-lubang, apa lagi lilin 😅 salam jumaat @maya_karin

hannimssi Omgggg! I was looking at the photo before reading it. I wondered what happened and how this happened. Terbakar ya Allah!

potterdemorris nasib baju jew terbakar, klau toilet terbakar naye pak karimmm 😂

shahrilazree @maya_karin Hahahahahahaa it happen to me to. One day u’ll have a good laugh thinking about this 🙊🙊 but on a serious note, lucky noone got hurt but those jeanssssss tho 😭😭😭

Sumber : Mstar, Instagram @maya_karin




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*