Bila Mustapha Kamal Kongsi Gambar King Duduk Jarak 3 Meter Sebab Nak Berasap Membuat Netizen Terhibur

Mustapha Kamal, nama yang memang tidak asing lagi dalam Malaysia. Pernah bertahan sebagai Hero Malaya bertahun tahun dan walaupun usia sudah meningkat nama beliau tetap di bibir peminat.

Baru baru ini Mustapha Kamal telah kongsikan beberapa keping gambar sahabat beliau iaitu Redzuan Hashim atau lebih dikenali sebagai KING. Nama gelaran KING melekat terus sejak beliau berlakon di dalam filem KL Gangster.

Gambar tersebut menunjukkan Redzuan Hashim berseluar pendek sambil duduk di tembok. Yang menarik perhatian netizen adalah apa yang dia buat di tembok tersebut.

LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKANAN DAN JARAK 3 METER HARUS DIPATUHI

Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 1 Januari 2019, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mana-mana individu yang melakukan kesalahan merokok di tempat larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Manakala di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, semua pemilik, pengusaha atau tuan punya premis atau kenderaan yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok yang jelas boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Bagi kesalahan gagal memastikan tiada orang merokok dan menyediakan kemudahan untuk merokok boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun.

KING HISAP ROKOK JARAK LEBIH 3 METER

Gambar Redzuan Hashim AKA King sedang menghisap rokok jarak lebih dari 3 meter ini dikongsikan oleh sahabat beliau Mustapha Kamal.

“Hahaha … perokok tegar akur dengan Malaysia baru .. tenanglah kamu disana. Kenal tak sapa tu ?”

Posting Mustapha Kamal telah mendapat lebih dari 1200 perkongsian dan hampir 2100 likes di laman rasmi beliau di Facebook.

Ada netizen meninggalkan komen “bukan dia takde duit nak bayar saman”. Sebenarnya ini bukan sebab ada duit atau tiada duit tetapi menghormati undang undang yang ditetapkan. Jika undang undang dunia yang mudah ini susah anda nak ikut bagaimana pula dengan undang undang akhirat nanti? #dandakwah

Komen Netizen

Dibawah antara komen netizen yang agak kelakar ..

Jebat Kjg¬† “King pun takut kene saman…. Kata KL dia pegang”

Solehin Othman¬†“Bukan da arwah ke kena tem bak dgn syamsul yusof sbb dia tak puas hati mak dia ma ti”

Farid Zakaria¬†“King pun ukur jarak nak smoke tu hahahaha”

Artikel By: KL Viral

Sumber Artikel : Facebook Mustapha Kamal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*