Wajah Terkini Agong Setelah Pulang Dari Beristirehat Sejak Dari November 2017. YDPA Dilihat Ketika Solat Jumaat Hari Ini

KOTA BHARU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Baginda yang memakai jubah berwarna krim, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari, diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nazran Muhammad; dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Kira-kira 5,000 jemaah menghadiri solat Jumaat itu yang diimankan Imam Muda masjid berkenaan, Abdul Baari Abdullah.

Abdul Baari turut menyampaikan khutbah mengenai melakukan perbuatan tanpa usul periksa sehingga mendatangkan keburukan kepada diri sendiri.

 

SULTAN Muhammad V (kiri) berkenan mengaminkan bacaan doa selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra Kunang Kerian. – Foto BERNAMA

“Jangan kita percayakan sesuatu perkara dan terus menyebarkan kepada orang lain tanpa menyiasat terlebih dahulu, sehingga perbuatan itu akan mengaibkan diri kita sendiri.

“Perbuatan itu tidak baik untuk semua jika kita bersama menyebarkan perkara tidak betul, walhal perkara sebenar belum diketahui sepenuhnya,” katanya.

Agong tunai solat Jumaat di Kubang Kerian

YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tengah) berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra Kubang Kerian hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (dua, kanan). – Foto BERNAMA

Sebaik solat Jumaat, Yang di-Pertuan Agong bersama jemaah turut menunaikan solat sunat Hajat bagi mendoakan supaya Baginda dikurniakan kesihatan berpanjangan dan kekuatan kerana sudah kembali bertugas.

Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan solat berkenaan yang diketuai imam,Ustaz Abdul Bari Abdullah.

Sebaik selesai solat fardu itu, baginda dan jemaah turut menunaikan solat hajat bagi memberkati pemerintahan baginda yang kini sudah kembali bertugas selepas beristirahat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu.

Baginda sempat bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat pulang.

Sumber Artikel: Astro Awani / BHarian Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*