Rosyam Nor ‘Bukan Barua Cina’. Ini Penjelasan Rosyam Nor Selepas Kecoh Di Media Sosial




Sebelum ini kecoh di media sosial terutama Facebook dimana Pasaraya ST Mart yang dikatakan pasaraya melayu dikaitkan dengan pemilik yang berbangsa cina.

Ini menimbulkan kemarahan netizen dan akhirnya Rosyam Nor tampil buat penjelasan.

‘Saya Bukan Barua Cina’ – Rosyam Nor

barua

ROSYAM NOR (tengah) bersama Raymond (kanan) dan pemilik Sri Ternak Group, Ho Ah Chai dalam sidang akhbar di ibu pejabat ST Rosyam Mart, Kuala Lumpur. 

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor kecewa dan sedih dengan tohmahan melampau terhadap dirinya berhubung pemilikan 10 peratus saham di pasar raya ST Rosyam Mart.

Menurut Rosyam, ada cubaan pihak tidak bertanggungjawab cuba mengelirukan orang ramai dengan mengatakan pemilikan saham itu adalah di dalam Sri Ternak Group yang dimiliki Ho Ah Chai.

“Sepuluh peratus pemilikan saham adalah di dalam ST Rosyam Mart dan itu tidak menjadikan saya seorang ‘barua’ Cina. Saya bukanlah dari keluarga yang senang dan pendapatan sebagai pelakon menyukarkan impian untuk membuka perniagaan runcit sendiri tercapai.

“Saya bermula dengan modal yang ada dengan kerjasama Datuk Raymond Ho Cheng Hann dan akan menambah peratusan pemilikan saham pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di ibu pejabat pasar raya ST Rosyam Mart di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai jumlah pemilikan saham Rosyam dalam ST Rosyam Mart sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari warganet.-UTUSAN ONLINE
Sumber Artikel: Utusan Online




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*