Ini Yang Berlaku Pada Pasar Raya ST Rosyam Sekarang. Terkejut Rosyam Nor

PELAKON Datuk Rosyam Nor memberitahu isu yang melibatkan ST Rosyam Mart sehingga tular di laman sosial memberi kesan positif kepada pasar raya tersebut.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 52, berkata pelanggan di pasar raya itu semakin bertambah selepas isu tersebut diperkatakan.

“Walaupun isu tersebut menjadi viral di laman sosial tapi ia telah memberi kesan positif kepada ST Rosyam Nor. Rezeki bukan datang dari manusia tapi datang dari Allah.

“Selepas isu itu heboh diperkatakan, saya mendapat panggilan telefon daripada pekerja mengatakan pelanggan beratur panjang dan tak cukup pekerja dan keesokkan hari pun sama pelanggan bertambah-tambah.

Rosyam mengambil isu melibatkan St Rosyam Mart secara positif.

“Macam sebelum ini ada yang kata nak boikot, tapi Alhamdulillah masih beri kesan positif ramai orang datang beli-belah di sini,” katanya kepada¬†mStar Online.

Rosyam ditemui ketika majlis sidang media pencerahan dan penjelasan isu ST Rosyam Mart di Dewan Sri Iskandar, Taman Setiawangsa pada Sabtu.

Selain Rosyam, sidang media tersebut turut dihadiri pemilik dan pengarah Sri Ternak Group Sdn Bhd iaitu Ho Ah Chai dan anaknya Datuk Raymond Ho Cheng Hann.

Dalam pada itu, menjadi tanggungjawab sebagai selebriti Rosyam berharap masyarakat berhenti menyebarkan perkara negatif.

Menurutnya, mereka perlu melihat pencapaiannya sebagai inspirasi untuk maju ke hadapan dalam bidang perniagaan.

Rosyam berharap masyarakat berhenti sebarkan berita tidak baik.

“Diberi peluang pertama kali anak Melayu dapat bekerjasama dengan bangsa lain dalam perniagaan runcit dan jadikan inspirasi kepada mereka untuk maju ke hadapan dalam bidang perniagaan.

“Tujuan utama saya tubuhkan pasar raya ini untuk membantu masyrakat kita merasai memberi barangan dalam suasana lima bintang dengan harga yang murah.

“Hentikan viral tidak baik. Saya bukan nak mengajar tapi tanggungjawab saya sebagai selebriti mengingatkan,” ujarnya.

Pasar raya ST Rosyam Mart yang dibuka 24 jam sehari mula beroperasi di Setiawangsa sejak pertengahan tahun lalu.

ST Rosyam Mart merupakan cubaan pertama pelakon filem KL Gangster 2 itu membuka pusat borong dengan usaha sama syarikat Sri Ternak Group Sdn Bhd.

Sumber: mstar online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*