Seorang Pemuda Dihalang Berundur Dari Solat Atas Sejadah Kuning. Mengejutkan Bila Tahu Identiti Sebenar Pemuda Itu..

Masya Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim. Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri’tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar ‘Sultan’ bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar ‘Raja Muda’ baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar ‘Sultan’ baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

First time dlm malaysia pintu istana dibuka utk rakyat jelata bukan utk menerima anugerah, tapi utk menyembah Raja kpd segala raja.

SUMBER :hakaluka

Kisah Benar Mangsa Banj1r Tidak Sedar Lelaki Membantunya Adalah Sultan Kelantan

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V baru sahaja dimasyhurkan menjadi Yang Dipertuan Agong ke-15 untuk Malaysia baru-baru ini. Majlis yang berlangsung pada tanggal 12 Disember 2016 itu sungguh meriah dengan kehadiran VVIP dan rakyat jelata.

Atas pelantikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu, majoriti rakyat di negara ini senang dan gembira kerana baginda adalah antara Sultan yang mesra rakyat serta “low profile”.

Terkenal dengan imej berjubah membuatkan ramai rakyat kagumm dengan Baginda ini. Jelaslah disini bahawa Raja yang baik tidak perlukan protokol untuk mencemar duli bersama rakyat jelata.

Namun, disebalik keperibadian baik Tuanku Sultan ada satu kisah yang sungguh mengejutkan ramai. Kisah ini adalah kisah benar seorang mangsa banj1r yang pernah dibantu oleh Baginda Sultan Muhammad V tanpa dia sedar bahawa itu adalah Sultan mereka.

Tak tahulah cerita ini benar atau tidak.(Kami mohon maaf jika kisah ini rekaan semata-mata)

Mejar Beri Arahan Pada Sultan Kelantan Tanpa Dia Sedari
Sukar nak dapat pemimpin yang begini. Kisah ini diperoleh dari FB menceritakan bagaimana lucunnya apabila ada seorang lelaki yang sedang menolong dan membantu mereka yang menjadi mangsa banj1r.

Malah lelaki itu turut sama menerima arahan daripada seorang tentera berpangkat Mejar. Semasa waktu berehat, sehingga ada seorang itu menegurnya dengan panggilan abang….. hihihi..

Rupa-rupanya itu sultan mereka. Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra). Allahu Akbar!

Baginda Datang Tanpa Wartawan, Tanpa Publisiti
Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mengharungi banj1r untuk melihat rakyatnya. Sewaktu banj1r, beliau turut sama membantu kerja-kerja menyel4mat sehingga orang tidak sedar itu sultan mereka.

Beliau juga menerima arahan dari seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas-petugas. Tiba-tiba beliau disapa.

“abang dari mana?”
“orang sini juga ke?”
“macam muka Tuanku la abang ni”

Baginda hanya tersenyum.

Setelah menyedari yang disapa tadi adalah sultan mereka, k3cut perut orang tadi minta maaf kerana tidak tahu yang itu adalah sultan. Beliau hanya tersenyum malah memeluk orang tadi. Tergamam Mejar yang ada dekat situ, langsung tak reti nak bagi arahan macam mula-mula tadi.

Ciri-ciri pemimpin begini kita mahukan. Menyusup keluar dari istana, membantu rakyat tanpa memperkenalkan diri. Moga Tuanku menjadi contoh pada sultan dan bakal-bakal sultan. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Semoga Allah merahmati Tuanku..

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Arena Informasi Trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*