Bapa Kepada Mangsa Kelar Dua Beradik Dedahkan Suspek Pernah Datang Minta Maaf, Tapi Tak Sangka Ini Dia Buat

YAN, KEDAH : “Suspek amat mengenali saya malah saya tidak menyangka dia sanggup meng3lar leher anak saya.”

Itu nada sedih Idris Saad, 47, bapa kepada Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz Idris, 1, mangsa kejadian amuk di di Kampung Tengah Jalan Kuala Sungai Yan, Kedah, lewat malam Selasa.

'Suspek ada datang minta maaf 2 hari sebelum kelar kejam dua anak saya'
Idris sendiri tidak menyangka suspek yang terlalu baik dengannya tergamak melakukan sekeejam itu. – Foto Astro AWANI

Menurut Idris, dua hari sebelum kejadian suspek ada datang ke rumah menemuinya dan meminta maaf atas sikapnya yang sering meminjam wang.

Malah selepas itu mereka keluar minum di kedai hujung kampung bersama.

Sebab itulah Idris merasa terkilan kerana suspek tergamak melakukan perkara seperti itu ke atas keluarganya sehinggakan hilang dua nyaawa anaknya.

Idris berkata, ketika kejadian dia keluar ke laut pada jam 10 malam dan pulang sekitar jam 12 sejurus mendapat panggilan daripada ahli keluarga.

“Tidak dinafikan, suspeek mengalami tekanan perasaan semenjak ditinggalkan isterinya beberapa tahun lalu.

“Dia sering mengamuk dan bertindak di luar kawalan dengan memuukul orang yang memberinya masalah.

“Saya hanya boleh masuk setakat dapur saja, nak melangkah ke ruang tamu saya jadi lembik lutut apatah lagi ke dalam bilik.

“Di ruang tamu itulah saya duk suap depa dua beradik makan nasi dan saya tak sanggup nak terbayangkan keadaan itu,” katanya.

Norhasyelawati berkata, dia tidak mahu melihat muka suspek dan mahu suspek dihukum gantung sampai mati.

“Saya nak dia terima hukuman setimpal dengan apa yang dia dah buat pada dua anak saya.

“Semalam pun saya tak dapat nak lena sebab duk terbayang wajah anak terutama Muhamad Hafiz yang sentiasa dalam dakapan saya.

“Kakak dia pun Nurul Hanim manja dengan saya sebab dia seorang sahaja perempuan,” katanya sambil menangis.

Buat sementara ini, Idris bersama isterinya dan anak sulong mereka Muhamad Hakim tinggal bersama di rumah kakaknya.

Idris turut melahirkan rasa kecewa kerana pihak berkuasa tidak menangkap suspek. - Foto Astro AWANI
Idris turut melahirkan rasa kecewa kerana pihak berkuasa tidak menangkap suspek. – Foto Astro AWANI

“Tidak terfikir langsung, memang tidak berjumpa, (sebelum ini) elok minum air sekali, dia (suspek) berkawan dengan saya,  selalunya baik,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini, hari ini.

Idris berkata, ada ketika dia membantu suspek membeli pakaian kerana suspek tidak bekerja.

“Saya sungguh tak sangka kebaikan saya dia balas dengan meragut dua nyaawa anak tetapi saya reda dengan ketentuan ALLAH,” katanya.

Idris turut melahirkan rasa kecewa kerana pihak berkuasa tidak menangkap suspek sedangkan sebelum kejadian bunuh anaknya, suspek telah beberapa kali melakukan kesalahan memuukul anggota keluarganya sendiri dan orang kampung.

Malah beliau sendiri tidak menyangka suspek yang terlalu baik dengannya tergamak melakukan sek3jam itu.

“Memang ada (rasa terkilan), memang kawan-kawan pun tidak menyangka. Kerana tidak ada langsung (tindakan). Polis tidak ambil tindakan langsung apa yang dia buat kenapa dah banyak berlaku dah banyak laporan sampai  meragut nyawa anak saya baharu dapat (tangkap) kecewa, saya, sesiapapun kecewa,” katanya lagi.

Idris bagaimanapun menyerahkan kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan seterusnya mengenakan hukuman yang berat ke atas suspek..

Dalam kejadian 11.45 malam Selasa, suspek dikatakan mengamuk dan menyerang bapa saudara mangsa sebelum masuk ke rumah dan mengelar leher Nurul Hanim dan adiknya Mohammad Hafiz yang sedang tidur di dalam bilik.

Sumber : Astro Awani, Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*