Hadiahkan Proton Saga Kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail 34 Tahun Lalu. Ini Komen Tun M Selepas Menaiki Kereta Itu Dipandu Oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengimbas kembali saat beliau menghadiahkan Proton Saga generasi pertama kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, lebih tiga dekad lalu.

Beliau memberitahu hal itu kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan menaiki kereta itu yang dipandu anakanda Sultan Iskandar iaitu Sultan Johor Sultan Ibrahim, petang ini.

Ditanya tentang perasaannya, Mahathir berkata: “Sangat bagus (untuk) kereta berusia 34 tahun… Dijaga dengan baik. Ia kereta manual…steering sangat bagus. Tidak rosak.”

“Saya fikir ini endorsement yang baik untuk Proton. Masih berfungsi (dan) sudah dipandu sejauh 32,000 km. Dulu harganya RM17,000, sebab itu saya boleh berikannya sebagai hadiah,” katanya lagi.

Mahathir yang mengilhamkan idea kereta nasional itu menghadiahkan kereta Proton Saga berwarna biru dengan nombor pendaftaran ‘Proton 1’ kepada Sultan Iskandar pada 1985.

Ketika itu Sultan Iskandar menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu Mahathir mengadap Sultan Ibrahim selama sejam di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Menurutnya, kedua-duanya bersetuju untuk berterus-terang antara satu sama lain.

“Saya boleh berkomunikasi dengan dia. Kita bersetuju supaya kita frank, cakap secara terus terang, tak ada sembunyi-sembunyi. Dia beri pandangannya, saya beri pandangan saya,” katanya lagi.

Tun Mahathir Datang Mengadap Sultan Johor Naik Kereta Mewah Tetapi Bila Nak Balik Airport Sultan Johor Hantar Tun M Pakai Kereta Proton. Ini Sebab Kenapa Proton Saga Istimewa

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Istana Bukit Serene, di sini bagi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketibaan Dr Mahathir pada jam 3.57 petang dengan menaiki kenderaan rasmi kerajaan itu turut diiringan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Terdahulu, Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antrabangsa Senai (LTAS) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada jam 2.30 petang.

Pertemuan itu merupakan yang pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU14.

Bagaimanapun, agenda pertemuan itu tidak dapat dipastikan, namun difahamkan akan turut membincangkan mengenai beberapa perkara melibatkan kerajaan Pusat dan negeri.

Kenderaan Yang Digunakan Perdana Menteri Tun Mahathir Untuk Mengadap Sultan Ibrahim

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghantar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini dengan menaiki kereta Proton Saga edisi pertama.

Sultan Ibrahim memandu sendiri kenderaan berwarna biru muda itu sambil ditemani Mahathir yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Kereta dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail pada tahun 1985.

Tun M Menghadap Sultan Johor

#Nasional Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.Pesawat yang membawa Tun Dr Mahathir mendarat jam 3.35 petang.Ini adalah pertemuan pertama antara Sultan Ibrahim dengan Tun Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.Menurut sumber Pejabat Perdana Menteri, pertemuan itu diadakan atas permintaan Sultan Ibrahim beberapa minggu lalu.Pertemuan itu bagi membincangkan pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu berikutan keputusan Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Posted by Berita TV9 on Thursday, January 10, 2019

Video Proton Dibawa Sultan Johor Menghantar Tun Mahathir

Sultan Johor pandu Proton lama hantar Dr M pulang

Sultan Johor pandu Proton lama hantar Dr M pulang

Posted by Bujang Lapok on Thursday, January 10, 2019

Artikel By KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*