Kepak Ayam Bakar Madu. Resipi Bajet, Mudah & Sedap! Masak Guna Kuali Je.




Di musim cuti perayaan ni, pasti kaum ibu tercari-cari menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Kepak Ayam Bakar Madu ni.  Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Pasti anda suka dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Selamat mencuba!

KEPAK AYAM MADU

3 biji bawang putih

1 sudu makan madu

2 sudu makan kicap manis pedas

1 sudu makan sos tiram

3 sudu makan minyak.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.

2. Masukkan ayam dan masak sehingga bertukar warna jadi keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna kuali non stick.

3. Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering dan likat. Guna api sederhana panas sahaja.

4. Setelah ayam kelihatan bersalut sempurna dan sedikit garing, angkat. Siap untuk dihidangkan.

 

 

INFO CHEF:

  1. Kalau tidak ada kicap pedas, boleh gunakan kicap manis. Kemudian tambah cili padi hiris, letak ikut citarasa anda.
  2. Guna kicap manis biasa sahaja jika anak-anak tidak makan pedas .

 

KREDIT RESIPI & FOTO:Nana Sabrina Sarsan




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*