Bilal Mula Pelik Kenapa Ramai Sangat Orang Datang Bergambar Kat Bus Stop Ni. Siap MPAG Letak Signboard Tulis Nama Artis Ini




Bagi peminat pelakon comel Mira Filzah, korang mesti alert kan yang semalam berakhir sudah drama bersiri kegemaran ramai iaitu Pujaan Hati Kanda. Drama ni boleh dikatakan beri banyak impak jugaklah pada populariti pelakon utamanya iaitu Remy Ishak dan Mira Filzah sendiri.

Nak tahu macam mana famous tak famous cerita ni… haa baru-baru ni viral kononnya sebuah bus stop di Alor Gajah, Melaka ditutup gara-gara Mira Filzah.Aik biar betul ni? 

“Bilal seberang jalan mula pelik kenapa ramai sangat orang datang bergambar kat bus stop ni” 

Menerusi perkongsian Sengal Paranormal Team di Facebookbus stop di Alor Gajah ni katanya tiba-tiba jadi popular semenjak pelakon Pujaan Hati Kanda ni ambil gambar di situ.

Disebabkan hal tersebut, pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah pun ambil inisiatif dengan repair bus stop tu siap cat semua supaya ia kelihatan elok. Siap ada signboard tulis Mira Filzah was here lagi weiii! 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

“Macam bodoh je, Mira Filzah je kot! Siap buat macam ni sekali” 

Selalunya bila ada benda viral, muncullah netizen yang datang untuk suarakan pendapat dorang tak kiralah sama ada positif mahupun negatif. Tapi komen yang admin tengok kebanyakannya tak berapa setuju dengan tindakan pihak Majlis Perbandaran ni.

Melalui perkongsian di Twitterbus stop tu nampaknya macam ditutup je dan ada yang anggap perkara ni tak perlu kot sebab yang bergambar di situ sekadar Mira Filzah je. Lagipula takkan bila ia jadi viral barulah pihak bertanggungjawab nak buat kerja seperti betulkan keadaan bus stop yang uzur tu. Emm ada point jugak ni! 

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Apa pendapat korang? Wajar ke pihak Majlis Perbandaran buat perkara macam ni? Bagi admin, bagus jugak netizen yang bagi cadangan Mira Filzah buat masjid atau berkunjung ke rumah orang susah tu. Mana tahu sebab penangannya, haa ramai yang turun beribadah dan buat benda baik. Amin!

Sumber Artikel: Lobak Merah




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*