Selepas Foto Tak Bertudung Viral, Ini Kata-Kata Yang Kamal Adli Tujukan Kepada Emma Maembong…PADU




Pelakon Kamal Adli tampil memberi kata-kata semangat kepada aktres Emma Maembong.

Isu penyebaran foto tidak bertudung Emma bersama abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman hangat diperkatakan ramai semenjak semalam.

Menerusi ruangan komen Emma di laman Instagram, Kamal berharap agar pelakon itu tabah dengan ujian yang dihadapi dan sentiasa positif melalui dugaan ini.

“Stay strong ya. Allah kan ada,” tulis Kamal ringkas di ruangan komen Emma.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Kamal walaupun hubungannya dengan Emma telah putus dan mereka mendoakan agar dia akan bertemu dengan seseorang insan lain pada masa depan.



Semalam, beberapa gambar tidak bertudung Emma bersama Syed tersebar di laman sosial mula mendapat perhatian ramai pihak.

Emma mengaku salah dan memohon maaf atas kekhilafannya, manakala Syed tampil mempertahankan Emma.

Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama abang kepada Syed Saddiq itu.

Pada 19 Januari lalu juga, Emma memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai termasuk ucapan hari jadi.

“Apology Is Not About Saying I’m Sorry….” – Ini Luahan Hati Syed Abdullah Berkenaan Isu Dengan Emma Maembong

Abang kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30, meluahkan rasa hatinya berkenaan dengan isu penyebaran foto bersama aktres Emma Maembong yang sedang hangat diperkatakan ramai.

Syed berkongsi rasa di salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“Apology is not about saying I’m sorry, but its about the meaning you put behind the apology and admitting that you are the wrong part”

“Today, has been a tough day for me & my family. The challenges i face today, is but a fraction of accusations i have continuously faced and probably will continue facing being in the position i am in.

“To those who truly know me, thank you for standing by my side, sending me constant messages and reminding me to be strong.

“To my fellow Malaysians,

“I thank you for your advice, I thank you for your moral support. I shall acknowledge your criticism positively and promise to improve myself as a person. I am not perfect, i am but a human and i tend to make mistakes.

“Syed mintak maaf ya Rakan-Rakan. Biarlah kesalahan syed dijadikan teladan bagi anak muda, supaya mengelakkan perkara seperti berikut berlaku pada diri masing-masing”

“I am so Sorry. For the mess i have caused & to those who have been affected. Ini semua salah Syed & kecuaian Syed seorang.

“Jangan lah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga Syed & rakan2 Syed. Let me face the wrath of my mistakes. Let me take the beating. Let me face the punishment.

“To those spreading rumors i say this:
I am stronger & will learn from my mistakes, the bonding between my family my brothers,sister & true friends remain untouched and undamaged despite accusations.

“Yours truly, Syed Abdullah,” tulisnya panjang lebar.

Beberapa gambar tidak bertudung Emma bersama Syed tersebar di laman sosial semenjak semalam.
Emma mengaku salah dan memohon maaf atas kekhilafannya, manakala Syed tampil mempertahankan Emma.Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama abang kepada Syed Saddiq itu.

Pada 19 Januari lalu juga, Emma memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai termasuk ucapan hari jadi.

Foto: Instagram Syed, Kosmo! & Mstar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*