Budak 11 Tahun Hantar Surat Kepada Menteri Rayu Sesuatu Tentang PUBG. Anda Mesti Terkejut Selepas Tahu Kenapa




INDIA. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menulis surat kepada Kerajaan India supaya permainan PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBG Mobile) diharamkan.

Menurut laporan portal berita India Today, kanak-kanak bernama Ahad, melalui surat empat muka yang dihantar minggu lalu memohon kerajaannya mengharamkan permainan itu kerana mempromosikan keganasan dan buli siber.

Selain itu dalam surat berkenaan, Ahad turut menyatakan PUBG Mobile memaparkan pembunuhan dan kelalaian melampau.

Surat tersebut dihantar kepada tujuh individu termasuk Menteri Pendidikan, Vinod Tawde dan Menteri Elektronik dan iT, Ravi Shankar Prasad.

Bagaimanapun surat yang dihantar Ahad itu tidak mendapat maklum balas walaupun mendapat perhatian daripada netizen di India.

Fenomena PUBG Mobile bukan sahaja berlaku di India malah di serata dunia termasuk Malaysia.

Di Malaysia, PUBG Mobile menjadi kegilaan pemain sehinggakan ada penganjuran rasmi permainan itu yang menawarkan hadiah ribuan ringgit buat pemain yang berjaya memperoleh ‘Chicken Dinner’.

Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh kerajaan berhubung surat berkenaan.

Bagus pemikiran kanak-kanak ini. Baru berusia 11 tahun dah boleh berfikiran matang. Tapi sebenarnya kalau nak diikutkan perkara sebegini atas individu masing-masing. Kalau rasa bermain permainan ini membuang masa tiada faedah, jadi jangan mulakan bermain.

Sumber Artikel : Sinar Harian

Budak 11 tahun minta menteri haramkan PUBG

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Sepucuk surat yang ditulis seorang budak lelaki kepada kerajaan Maharashtra, sebuah negeri di India meminta agar permainan video popular, PUBG diharamkan mencuri tumpuan ramai, termasuk peminat di Malaysia.

Dalam surat empat muka surat itu, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Ahad, 11, berkata, PUBG atau nama penuhnya PlayerUnknown’s Battlegrounds¬†banyak membawa kesan buruk.

Menurut laporan India Post, Ahad percaya permainan tersebut yang telah dimuat turun lebih 100 juta pengguna telefon bimbit mempromosi keganasan dan buli siber.

Ia juga dakwanya banyak memaparkan elemen pembunuhan dan boleh membawa kepada ketagihan permainan video.

“Saya juga akan membuat tuntutan undang-undang sekiranya permainan ini tidak diharamkan,” tulisnya.

Surat itu ditujukan kepada tujuh individu termasuk Menteri Eletronik dan IT, Ravi Shankar Prasad, Menteri Pendidikan Maharashtra, Vinod Tawde, dan Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis.

Surat Ahad itu mendapat pelbagai reaksi netizen, pengguna akaun Facebook Jenish Nongthombam menulis: “PUBG bukan untuk kanak-kanak, patut haramkam telefon bimbit kepada kanak-kanak”.

“Disiplin lebih penting, bukan mengharamkan sesetengan permainan mudah alih. Mengapa tidak nasihatkan orang untuk menguruskan masa mereka dengan bijak?,” tulis Fatin Najlaa.

“Elok pun haramkan PUBG ni,bukan apa kesian tengok member (kawan) aku sejak dia main PUBG asyik mencarut sorang2 je dalam jamban (tandas), mencarut atas katil, lepak kedai pun mencarut. Tunggu sikit hari masuk wad gila member aku sebab tension main, asyik kena tembak je,” tulis Mohamad Irsyad.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak kerajaan berhubung surat berkenaan.

Permainan popular PUBG diperkenalkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat kepada gergasi permainan video Korea Selatan, Bluehole. – UTUSAN ONLINE




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*