Kontroversi Syed Abdullah Dan Emma Maembong, Akhirnya Adindanya Syed Saddiq Buka Mulut

Terdahulu: ‘Itu bukan Emma’ – Syed Abdullah buka mulut tentang foto celah kangkang

emma maembong

ABANG kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30, mengakui lelaki yang mirip wajahnya dalam keping gambar yang tular hari ini adalah dirinya.

Syed Abdullah bagaimanapun menafikan bahawa wanita yang duduk di celah kangkangnya pelakon Emma Maembong.

“Ya, lelaki dalam kedua-dua gambar adalah saya tetapi wanita yang bersama saya di dalam bilik itu bukan Emma seperti yang didakwa.
“Itu adalah wanita lain dan gambar tersebut diambil kira-kira empat tahun lalu,” katanya memetik laporan MHE TV.

Namun, Syed Abdullah akui wanita yang kelihatan menerusi gambar yang diambil dalam sebuah restoran adalah Emma.

Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama Syed Abdullah.

Pada 19 Januari lalu juga, Emma memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai termasuk ucapan hari jadi.

Isu Syed Abdullah Dan Emma Maembong, Akhirnya Syed Saddiq Buka Mulut.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menjelaskan dia tidak perlu mendedahkan perkara berkaitan teguran dan perbincangan di kalangan ahli keluarganya kepada orang ramai.

Saddiq menulis perkara itu dalam sebuah komen yang dibalas kepada pengikutnya di laman Instagram.

Netizen tersebut menyarankan Saddiq agar menegur abangnya, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang dianggap telah mencalarkan nama keluarga mereka akibat gosip yang melanda dirinya dengan pelakon Emma Maembong baru-baru ini.

“Saya di sini ingin menyarankan supaya YB tegur abang YB kerana dia telah mencalarkan maruah keluarga YB,” tulis netizen terbabit.

Tidak berdiam diri, Saddiq membalas komen itu.

“Saya tidak perlu beritahu satu dunia berkenaan teguran ataupun perbincangan di antara keluarga.

“He is still my brother, saya akan sentiasa doakan untuk dia,” tulisnya.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar Abdullah bersama Emma dan seorang wanita yang bergambar duduk di celah kangkangnya dalam sebuah bilik.

Abdullah mengakui wanita yang bergambar bersamanya di sebuah restoran adalah Emma dan menegaskan bahawa individu yang bergambar di celah kangkangnya itu adalah wanita lain.

komen net1zen

@pangestikarosa wkwkkw suka akutuh. Kagum sama statement dia mba yg mslah olimpiade apa yak. Itulah pkokmya 😆❤️. Kt banyak sehatinya loh 😝

@syedsaddiq semoga Alloh selalu melindungi ,menjaga dan memberi anda barokah.Jangan pernah berhenti untuk terus maju membela saudara2 kita sesama muslim pak…Alloh bersama anda.

@syedsaddiq yb buat bende yg same jgak ke makan perempuan? Hahahahah

@qemhanz kesian kau kan.. xde benda dh nak bercakap. Sibuk sangat mcm tu adik beradik kau pulak. Dia tau la mcm mana nak handle family dia. Kau tu xde family ke? Ni. Tngok2 sikit adik beradik kau.. anak2 buah kau ke apa. Nasihat diorang dulu..

@qemhanz bodoh 💩. Tau lah YB saddiq nak settle hal family dia. Kau tu yg bz body hal family org. Improve urself 1st lah hoi sebelum nyibuk hal org.

Sumber: memorikini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*