Melompat Terus AC Mizal Bila Disuruh Sebut Satu Ayat Suara Seiras P. Ramlee




Siapa sangka, kemunculan jejaka bernama Fairuz Misran semakin mengubat rindu netizen dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Mana taknya, bukan sahaja wajahnya seakan sama namun suara merdunya itu saling tak tumpah seperti seniman terkenal itu yang kini video nyanyian sudah tular di media sosial.

Terbaru, Fairuz menjadi tetamu undangan bagi rancangan MeleTOP yang membuatkan dia menjadi tumpuan ramai.

Suara dia mengingatkan kita…

Saling tak tumpah..

Rasa macam P.Ramlee datang..

Bagaimanapun, pengacara jemputan Dato AC Mizal juga dipuji ramai apabila menyakat Fairuz sehingga membuatkan netizen juga turut terhibur.

Nyanyian Fairuz menerusi YouTube MeleTOP pula kini sedang trending malah menerima pelbagai respon positif.

Kembar P.Ramlee Ditemui. Siapakah Lelaki Yang Wajah Dan Suara Sebijik Seperti P.Ramlee Ini.

Ramai yang merindui P.Ramlee, munkin untuk generasi yang baru tidak ramai yang betul betul mengenali Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tetapi bagi mak mak dan bapak bapak kita, di zaman mereka P.Ramlee ini umpama Faizal Tahir di zaman sekarang.

Dengan lagu dan filem yang dihasilkan oleh P.Ramlee tidak pernah lekang dek zaman. Filem filem beliau tengok 100x pun pasti kita akan ketawa. Lawak jenaka yang bertaraf antarabangsa.

Teuku Zakarian bin Teuku Nyak Puteh lebih dikenali sebagai seniman agung P. Ramlee merupakan seorang artis versatail sebagai penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang.

Gelaran yang diberi berikutan jasa dan baktinya dalam dunia hiburan sehingga pernah memperoleh pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo).

Sepanjang hayatnya, beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem.

Keunikan beliau menjadi sanjungan masyarakat sehingga kini, dan ada diantara peminat tegar beliau mengagumi bakat sehingga ingin menjadi sepertinya.

Siapakah Kembar P.Ramlee?

Fairuz Misran, jika dilihat sekali imbas, bentuk fizikalnya, wajahnya, dan suaranya sangat mirip kepada seniman tersebut. Melalui Facebook miliknya, Fairuz sering berkongsi video nyanyian lagu P. Ramlee sehingga ada yang menggelarnya ‘si kembar P.Ramlee.’

Turut sering dijemput membuat persembahan di majlis-majlis luar, ramai yang memuji ketulenan suaranya persis P. Ramlee.

Lenggok dan gaya tarian antara yang menjadi bualan pengikutnya kerana ada yang berpendapat, melihat Fairuz beraksi seperti melepaskan rindu kepada seniman agung Malaysia itu.

Anak kelahiran Sabah ini bersekolah di SMK Bongawan Sabah dan sekarang Fairuz menetap di Labuan, Sabah. Beliau sudah beberapa kali menyertai pertandingan nyanyian ‘P.Ramlee’ dan banyak kali memenangi pertandingan juga.

Antara Lagu Lagu Dari ‘Kembar’ P.Ramlee..

Macam telan kaset bang .. sebijik suara .. huhu!

Rujukan Artikel:Siakap Keli

Facebook: Fairuz Misran

Instagram: Fairuz Misran

Artikel By: KLVIRAL




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*