Sharifah Amani & Dira Abu Zahar Bertelagah Isu Syed Saddiq Diserang Papagomo

Persahabatan antara Sharifah Amani dan Dira Abu Zahar pernah diduga dengan perselisihan pendapat antara mereka tidak lama dahulu. Kedua-dua mereka mengutarakan pandangan masing-masing menerusi Twitter dan mendapat perhatian netizen.

Terbaru, insiden kekecohan melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan Papa Gomo kembali ā€˜dibincangkanā€™ mereka di laman sosial itu.

Tweet kesal menteri diserang

 

Sharifah Amani memuatnaik satu tweet mengenai kejadian samun dalam lif di sebuah stesen MRT di ibu negara dan kejadian Syed Saddiq didakwa diserang ketika hari penamaan calon. Pelakon Sepet itu mempersoal sejauh mana ajaran yang telah dididik kepada golongan lelaki ketika ini.

Dira kemudiannya membalas tweet tersebut dan melabel Syed Saddiq sebagai bodoh kerana berbuat demikian dengan sebab mendapatkan perhatian.

Sharifah Amani memberi respon tiada sebarang alasan untuk menghalalkan keganasan atau provokasi. Dia juga menentang buli dan gejala samseng.

Kita semua bukan ahli politik

Kenapa kena layan provokasi?

Sharifah Amani menegaskan dia mempunyai hak untuk bersuara untuk negara. Pendapatnya mengenai apa yang berlaku tidak berkaitan dengan dia berkawan dengan sesiapa atau kariernya sebagai pelakon.

Sumber:Ā Sharifah AmaniĀ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*