Gadis Penjual Ayam Diculik, Dir0g0l Sebelum Dicekik Hingga Mat i




Diculik, diperkosa dan kemudian dicekik sehingga mat i!

Tangkapan lima lelaki berhati binatang di Dien Bien, Vietnam menjawab teka-teki kehilangan seorang pelajar kolej, Cao Thi My Duyen.

Duyen yang bekerja sebagai penghantar bekalan ayam hidup hilang selama tiga hari selepas keluar menghantar pesanan kepada pelanggan.

Image result for college student murdered by gang dien bien

Ibu mangsa membuat laporan polis apabila anak perempuannya tidak pulang selepas menghantar bekalan ayam.

Remuk hati si ibu apabila anaknya yang berusia 22 tahun itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju lengan panjang dan berseluar dalam di atas bumbung sebuah rumah tinggal.

Wajahnya pula ditutupi dengan topi keledar yang dipakai ketika bertugas menghantar ayam.

Duyen membantu ibunya yang berniaga di pasar dan kali terakhir dilihat memakai topi keledar dan menggunakan telefon bimbitnya semasa membuat penghantaran.

Polis Vietnam mengesahkan mangsa telah diculik selama tiga hari dan diperkosa sebelum suspek bertindak mencekiknya hingga mati.

Kelima-lima suspek dikenali sebagai Bui Van Cong, Pham Van Nhiem, Luong Van Hung, Luong Van La dan Vuong Van Hung.

Salah seorang suspek, Van Hung dilaporkan menjadi pelanggan dan meminta mangsa sendiri menghantar ayam hidup yang dipesan.

Polis masih meneruskan siasatan lanjut ke atas semua suspek.

 

SUMBER : ASTROAWANI




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*