Teman Lelaki Pernah Pukul Dan Tampar Anak.

“Naluri saya kuat mengatakan anak saya sudah tiada apabila anak lelaki suspek berusia empat tahun memberitahu Aleya dah mati,” kata Rosmaliah Samo, 31.

Rosmaliah adalah ibu kepada Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang maayatnya ditemui dibuang di Jalan Gunung Raya di sini, pagi tadi.

Rosmaliah berkata, dia mula berasa ‘sesuatu’ apabila berkunjung ke rumah pasangan suami isteri yang menjaga anaknya itu di Kuarters Hospital Langkawi pada 22 Februari lalu, dan dimaklumkan mereka sudah menyerahkan Nur Aisyah Aleya kepada orang lain.

“Kawan lelaki (suspek) ada datang ke hostel (asrama) berhampiran tempat kerja berjumpa saya, namun berdolak dalih memberitahu anak saya sihat di bawah jagaannya dan dia akan bawa bertemu saya tidak lama lagi.

“Kami berkenalan empat bulan lalu dan dia membawa saya pulang tinggal rumahnya serta memperkenalkan saya sebagai rakan kepada isterinya yang juga jururawat di hospital,” katanya ketika ditemui di sebuah restoran di Pantai Cenang, di sini, hari ini.

Rosmaliah berkata, sepanjang tinggal di kuarters itu, hubungannya dengan isteri kawan lelakinya adalah baik, namun isterinya mula mengesyaki sesuatu selepas mereka kerap berbalas mesej di WhatsApp.

Dia kemudian keluar dari rumah berkenaan sejak 27 Januari lalu untuk bekerja di kedai makan berkenaan dan sepanjang tempoh itu dia tidak pernah bertemu Nur Aisyah Aleya.

“Disebabkan rindu untuk bertemu dengan anak, saya pergi ke rumah mereka pada 22 dan 23 Februari lalu, tetapi kecewa apabila dimaklumkan anak saya tiada dalam jagaan mereka.

“Pada 28 Februari lalu, kawan lelaki dan isterinya datang bertemu saya dan memujuk kembali tinggal bersama mereka, tetapi saya enggan kerana mereka tidak mahu memberitahu di mana anak saya berada,” katanya.

Rosmaliah mendakwa, sepanjang tinggal di kuarters berkenaan, anaknya pernah ditampar beberapa kali di depan matanya malah dia pernah dipukul lelaki itu.

Selain itu, seluruh badan anaknya juga pernah ada kesan lebam dan kesan dicucuh api rokok selain kulitnya melecur seperti disiram air panas.

“Ketika tinggal bersamanya di kuarters itu, saya cuba untuk melarikan diri tetapi lelaki itu menghalang dan meletakkan mangga pada pintu rumah.

“Isterinya (suspek) pernah memberitahu yang suaminya juga pernah membawa perempuan lain pulang dan tinggal bersama di kuarters itu sebelum ini menyebabkan saya tak kisah apabila dia bawa saya pulang ke rumah itu.

“Dia seorang yang panas baran dan suka pukul kalau tak ikut cakap dia malah isterinya juga pernah menjadi maangsa dan saya kurang yakin isterinya terbabit bersubahat dalam perkara ini,” katanya.

Rosmaliah berkata, selama ini anaknya tidak pernah mempunyai penyakit sawan seperti yang didakwa suspek dan mungkin itu alasan yang diberikannya sebaik melihat anak saya sudah meningg4l.

Rosmaliah dijangka membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Langkawi, esok untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

 

Sumber : BHONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*