Dipukul Dengan Penyangkut Baju Hingga M4ut

Terdahulu, kisah kanak-kanak 3 tahun meningg4l selepas dicampak ke dalam gaung undang tangisan orang ramai. Lebih memilukan apabila pihak polis menemui tengkorak, gumpalan rambut dan dua batang gigi dipercayai milik kanak-kanak perempuan tersebut.

Terbaru, polis mengesahkan kem4tian kanak-kanak tersebut disebabkan pukulan menggunakan penyangkut baju.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim pemeriksaan dilakukan semula di lokasi kejadian dan polis telah merampas dua penyangkut baju dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa di kuarters Hospital Langkawi.

Polis turut merampas pakaian yang dipakai suspek pada hari kejadian. Bukti baharu ini akan dibawa ke Jabatan Kimia untuk dianalisa, Isnin ini.

Penemuan baru di kawasan gaung

Suspek dipercayai maaut kerana didera dengan menggunakan dua penyangkut baju terbabit. Tambahan, penemuan terbaharu itu melengkapkan hasil siasatan.

Dalam operasi hari ketiga ini, pegawai penyiasat dan anggota polis mengunjungi semula lokasi pembuangan maayat dan tempat tinggal suspek.

Tumpuan diberikan di rumah suspek dan berjaya temui dua subjek berkaitan, namun ada penemuan baharu di kawasan gaung.

Ahad ini, satu proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada. Pasukan penyiasat turut mencari bukti segala kemungkinan penderaan yang berlaku terhadap mangs4.

Ketiga-tiga sampel, iaitu tengkorak, gumpalan rambut dan dua batang gigi dipercayai milik kanak-kanak perempuan itu yang ditemui dalam gaung di Gunung Raya, akan dibawa ke HSB sebelum bedah siasat dijalankan.

Pada Rabu lalu, polis berjaya menemui tengkorak dan gumpalan rambut dipercayai daripada jasad Nur Aisyah Aleya, manakala operasi hari kedua di lokasi sama menemukan dua gumpalan rambut serta dua batang gigi.

Pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun itu direman tujuh hari sehingga 14 Mac depan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membuunuh.

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*