Permohonan Rakyat Malaysia Untuk Pengesahan Nikah Di Thailand Meningkat.




Adakah pernikahan di Selatan Thailand sah?

Setiap pernikahan yang memenuhi hukum syarak, tidak kira di mana sahaja ia berlaku, akan menjadi sah.  Penikahan di selatan Thailand adalah sah asalkan SEMUA HUKUM SYARAK DIPATUHI.

Dan menurut pernyataan : Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla telah menetapkan bahawa tempat nikah di dalam Wilayah Songkhla, bagi penduduk asing, hanya satu tempat, iaitu Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla itu sendiri.. Ini adalah jaminan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah Songkhla adalah sah dan mengikut peraturan, yang memenuhi hukum syarak.

PEJABAT Konsul Malaysia di Songkhla, Thailand, merekodkan peningkatan permohonan rakyat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan pernikahan di selatan Thailand sejak 2011.

Konsul Jeneralnya, Mohd Afandi Abu Bakar berkata, sebanyak 4,653 permohonan surat pengesahan pernikahan diterima tahun lalu berbanding 4,375 pada 2017.

Menurutnya, mengikut statistik, pejabat itu menerima 2,885 permohonan pada 2011, sebanyak 3,463 (2012), diikuti 3,485 (2013), 3,831 (2014), 4,081 (2015) dan 4,178 (2016).

Beliau ditemui pada program Persatuan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia-Thailand (MalTha Riders Association) di Hatyai, hari ini.

Mohd Afandi berkata, majoriti permohonan membabitkan pasangan yang berkahwin dua atau tiga tahun dan ia diajukan mungkin atas beberapa sebab seperti keperluan mendaftarkan anak.

Katanya, kebanyakan permohonan itu membabitkan perkahwinan sesama rakyat Malaysia di pejabat-pejabat agama Islam di selatan Thailand.

“Permohonan surat pengesahan pernikahan itu turut diterima daripada mereka yang berkahwin selama 20 tahun, namun bilangannya kecil,” katanya.

Beliau menasihati rakyat Malaysia supaya tidak menggunakan ejen dalam urusan pernikahan yang mungkin menjurus kepada masalah dari segi status perkahwinan kelak.

 

 

 




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*