Hasil Bedah Siasat Remaja Lelaki Myanmar Mati Akibat Renjatan Elektrik Dari Telefon Bimbit




KLANG – Hasil bedah siasat terhadap seorang remaja lelaki warga Myanmar maut dipanah petir di padang bola sepak Akademi Badminton Setia Alam di sini, petang semalam didapati meninggal dunia akibat renjatan elektrik.

Difahamkan, mangsa yang maut dalam kejadian 5.05 petang itu menggunakan telefon bimbit ketika kejadian sebelum disambar petir.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, keputusan laporan bedah siasat itu dilakukan doktor forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

“Jenazah mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi untuk urusan pengebumian di sebuah tanah perkuburan di Batu Empat, Meru.

“Mangsa yang koma semalam iaitu Abdul Rahman Abul Hussin, 30, masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dengan pengawasan doktor,” katanya dalam ¬†kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, dua lagi mangsa iaitu Kamaluddin Abu Tahir, 30, dan Hussein Ahmad Asod Ali, 20, dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang remaja lelaki warga Myanmar maut manakala tiga lagi cedera dipanah petir dalam kejadian di padang bola sepak Akademi Badminton Setia Alam di sini.

Sumber : Kosmo




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*