Sariah Ali, Polis Wanita Pertama Negara Meninggal Dunia

 Salah seorang bekas kumpulan pertama Pasukan Polis Konstabel Wanita Tanah Melayu, Sariah Ali, 85, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya, di Taman Cicely, di sini, petang tadi.

Berita itu disampaikan anak sulungnya, Zaidar Kamaruddin,60, tahun

Katanya, Allahyarhamah Sariah menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang tidur, kira-kira jam 2.20 petang dan disahkan oleh pihak Hospital Teluk Intan.

“Emak sihat seperti biasa dan elok saja masa sarapan pagi tadi.

“Tapi ketika kejutkan emak untuk makan tengah hari, baru kami sedar dia sudah tiada meninggalkan kami,” jawabnya ringkas.

 

Image result for sariah ali polis

Allahyarhamah Sariah menjadi anggota polis selepas menerima surat tawaran bagi latihan konstabel polis wanita pada 1 Ogos 1956.

Terdahulu pada 2017, Sinar Harian pernah melaporkan kisah mengenai pengalaman manis dan pengorbanan Sariah menyertai kumpulan pertama Pasukan Polis Konstabel Wanita bersama 53 lagi yang terpilih.

Image result for polis wanita pertama malaysia meninggal dunia

Allahyarhamah Sariah akan teus dikenang tambahan, tergolong dalam kelompok kumpulan wanita pertama yang direkrut.

Sariah turut berkenalan dengan Allahyarham suaminya Kamaruddin Mohd Nordin ketika dia ditugaskan di bahagian cawangan trafik di Kuala Lumpur selepas tamat latihan.

Bagaimanapun arwah suaminya pergi dahulu meninggalkannya ketika mereka menunaikan haji bersama pada tahun 1983, setahun selepas bersara dan menetap di Taman Cicely, Teluk Intan.

Sariah yang berasal dari Parit Kadzi, Muar, dikurniakan lapan cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama suaminya Kamaruddin Mohd Nordin yang meninggal dunia di Makkah pada 1983 ketika usia 55 tahun.

 

Sumber : SinarHarian & FrontDesk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*