Adik Ini Kelihatan Sedang Memegang Penyapu Dan Bila Ditanya Rupanya Penyapu Unik Ini Untuk Dijual




Di kala kanak-kanak seusia dengannya bermain dengan rakan sebaya, kanak-kanak lelaki ini pula membantu bapanya mencari rezeki dengan menjual penyapu yang diperbuat daripada pohon enau,

Meskipun benda yang dijual hanyalah penyapu, namun hasil buatan bapanya itu kemas, membuatkan netizen kagum dan teringin memiliki sebatang.

SEWAKTU singgah di stesen Petronas berdekatan Taman Sri Semantan, Temerloh baru-baru ini, ternampak adik ini menjual penyapu yang unik.

Isteri saya mendekatinya dan bertanya beberapa soalan sebelum membeli sebatang. Adik ini membantu ayahnya menjual penyapu buatan ayah katanya. Malu-malu tapi hati mulia. Penyapu ini batangnya dari buluh dan hujungnya (bahagian untuk menyapu) dari pohon Enau.

Ingat peribahasa ‘Bagai enau dalam belukar, melepas pucuk masing-masing. Walaupun ia digunakan untuk suatu peribahasa yang tidak molek maksudnya, ada bahagian pohon enau ini yang berguna dan boleh mendatangkan faedah.

Kemas buatannya. Tengok ikatan-ikatannya, cara sulam dan simpulannya. Serbuk/habuk pada rerambut bahagian untuk menyapu itu ori, bukan sampah di rumah saya ye. Belum guna lagi, silap-silap takkan digunakan. Buat hiasan.

Sumber: Nizam Ahmad via The Reporter

Notakaki : Semoga dipermudahkan segala urusan anak dan keluarga dia. Apa yang adik ini buat pasti Allah SWT akan balas di kemudian hari. Bukan mudah usia semuda itu berkorban. Jadikan kisah ini sebagai teladan untuk kita juga. Insyallah …

Berair air mata baca kisah ini …




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*