Menangis Air Mata Krew TV3 Bila Interview Uncle Kentang Kuan Chee Heng




REW TV 3 TIBA TIBA MENANGIS…. KETIKA INTERBIU SAYA….

Saya lancarkan rumah Asuhan Kanak Kanak Percuma pertama di Puchong semalam bersama Gplex Charity Group.

Saya terangkan betapa susah dan sukar nya ibu tunggal yang ditinggalkan jantan dayus dan di longgokkan bersama anak anak kecil. Dimana kah kualiti hidup seorang yang di namakan wanita tatkala mereka tak boleh pergi kerja untuk mencari rezeki halal demi zuriat sendiri yang mereka kandung dalam perut selama 9 bulan.

Tak ada ibu yang sanggup tinggalkan anak yang berkelaparan. Mereka adalah m4ngsa keadaan. Nak keluar kerja SIAPA MAU JAGA ANAK ANAK KECIL?

Mau tak mau terpaksa mohon zakat, baitummal, JKM, dan panjangkan tangan walaupun malu untuk meminta bantuan dari orang ramai. KALAU CHECK DALAM BADAN, BRA MESTI YANG DAH PAKAI BERTAHUN TAHUN, TAK GANTI, ASAL TAK NAMPAK PUTING, JADI LAH.

Sedih kualiti hidup ibu tunggal yang kebanyakan hanya kelulusan SPM atau STPM dan nak cari kerja anak anak pulak siapa yang nak jaga….. Allah Maha Kuasa dan Penyayang ,

Berlinangan air mata reporter TV 3 ketika interbiu saya…. beliau tak tahan sebak mengenang nasib ibu tunggal atau single mom yang perlu bertungkus lumus untuk menjaga anak dalam keadaan yang sungguh sedih… kualiti hidup ibu tunggal ranap dan hancur berkecai kerana di tinggalkan.

Maka kita saya dan kamu… berterima kasih kepada Gplex Charity Group, BUKAN MACAI DAP ATAU BN OK…. kita MACAI IBU TUNGGAL…. KITA MACAI KEPADA ANAK ANAK KECIL YANG LANGSUNG TAK TAHU SENGSARA DAN HIDUP.

Kita tetap akan pulun dan tentukan nasib ibu tunggal dapat berubah, ketika kita sama sama menjaga anak anak mereka secara percuma sementara mereka bersemangat kembali dan boleh lah keluar cari kerja dan tak perlu bertahan malu mohon sini sana demi untuk sesuap nasi bagi anak anak kecil mereka.

Terima kasih TV 3 KERANA KAU MENANGIS SEBAKmendengar kepayahan ibu tunggal….. yang si lelaki kalau kau tak faham dan tak berhati perut…. tunggu lah…. di akhirat nanti pasti kamu akan di soal dan di tuntut segala hutang kamu di dunia…. jangan kau menyesal tak sudah nanti.

Sumber : Uncle Kentang




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*