Dituduh Punca Penceraian Penolong Pengarah, Nina Iskandar Ambil Tindakan Undang-Undang

Pelakon berasal dari Brunei iaitu Nina Iskandar tampil mempertahankan diri dan membuat sidang media untuk menepis dakwaan kononnya dia sebagai punca perceraian antara seorang penolong pengarah dengan isterinya baru-baru ini.

Katanya perkara ini jelas adalah satu fitnah yang tidak berasas.

Image result for nina iskandar

Nina Iskandar yang kini berumur 28 tahun, berkata, tuduhan berniat jahat itu memburukkan namanya dan menjejaskan kerjaya sebagai seorang artis.

Pelakon berkenaan membuat satu sidang media khas yang diadakan di The Royal Widad Residence, pada Sabtu.

Ini jelas Nina Iskandar:

“Sidang media ini diadakan bagi membersihkan nama saya yang terjejas kerana ia bukan sahaja membabitkan saya, sebaliknya turut memberi kesan kepada kerjaya dan keluarga yang berada di Brunei.

“Tuduhan jahat yang jelas merupakan satu fitnah apabila menuduh saya punca perceraian seorang penolong pengarah.

“Sebagai membersihkan nama baik saya daripada fitnah berkenaan, saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan itu.

“Cerita ini menjadi semakin tular apabila ia diterbitkan oleh sebuah media arus perdana. Jadi, saya terus mendapatkan nasihat peguam untuk berhadapan dengan isu terbabit.

“Fitnah tersebut sudah tersebar luas menerusi media sosial yang kononnya memetik sumber terdekat.

“Permohonan maaf perlu dibuat secara terbuka dalam tempoh seminggu sebelum tindakan seterusnya diambil,”

“Bagi saya berita berkenaan jelas berniat jahat bagi memburukkan nama dan menjejaskan kerjaya saya sebagai artis,”

Nina ditemani peguam iaitu Mohd Irwan Mubarak dan Mohd Khairil Abidin Pada 12 Mac lalu, sebuah portal hiburan melaporkan kononnya Nina menjadi punca penolong pengarah produksi bercerai.

Fitnah itu dipercayai dicetuskan oleh bekas isteri penolong pengarah berkenaan dan turut disebarkan oleh individu yang bekerja sebagai jurusolek artis sebelum dilaporkan oleh media.

Dalam pada itu, Nina berkata fitnah tersebut bukan sahaja mencemarkan nama baiknya, malah turut memberi kesan kepada keluarganya di Brunei.

Justeru dia akan mengambil tindakan undang-undang bagi membuktikan kebenaran dan membersihkan namanya.

Sementara itu, Mohd Irwan berkata, notis tuntutan sudah dihantar kepada tiga pihak iaitu portal hiburan berkenaan, bekas isteri dan juru solek terlibat.

Tambahnya, pihak tersebut perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari.

Sumber: mStar / HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*