“Suami Orang Kelantan? No, Thank You.” – Adik Neelofa

Neelofa merupaan nama yang cukup besar dalam industri hiburan tanah air. Selain hebat sebagai selebriti popular, Neelofa juga telah mencipta naam sebagai ahli perniagaan yang amat berjaya.

Selain dirinya, adik beradik Neelofa juga popular juga. Antara adik-beradik Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan boleh dikataakn yang paling popular dan bergelar instafamous.

Boleh dikatakan Ameera sering menjadi perhatian di media sosial walaupun dia bukan lah seorang selebriti yangterlibat secara langsung dalam dunia hiburan ini.

Yang terbaru,  menerusi rancangan MeleTOP, Ameera Khan ada menunjukkan bakatnya memasak nasi goreng dan perlu membeli bahan di pasar seorang diri.

Namun apa yang menjadi perhatian dalam rakaman tersebut adalah jawapan oleh Ameera apabila ditanya soalan berkaitan negeri asal bakal suaminya. Walaupun berasal dari Kelantan, Ameera Khan dengan selamba telah menolak jika bakal suaminya berasal dari negeri yang sama.

“You rasa bakal suami you orang Kelantan juga ke? No, thank you”

Image result for little miss khan
Sedutan rakaman video jawapan tentang bakal suaminya itu jadi viral di laman media sosial Twitter dan mendapat pelbagai reaksi bercampur baur dari para netizen.
Malah, ada juga netizen lelaki dari Kelantan mengatakan mereka juga tidak mahu berkahwin dengan wanita Kelantan kerana tidak gemarkan wanita bercakap dialek bahasa Kelantan.

Tidak kurang juga ada netizen turut berkongsikan cerita yang mana rakannya sangat tidak sukakan orang Kelantan, tetapi akhirnya berkahwin dengan orang Kelantan.

Ini antara reaksi netizen:

“wow i ingat i sorang je yang taknak husband kelantan. ramai lagi rupanya

idk lah maybe for me, lelaki kelantan (tak semua ok. aku ulang TAK SEMUA) ni jakun sikit dengan perempuan”

Apa pun, ini adalah jodoh, kita tak tahu rahsia perkahwinan yang diaturkan oleh Tuhan. Mana tahu tiba-tiba Ameera Khan Jatuh hati dengan jejaka dari Kelantan kan.

Sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*