Viral Majlis Kesyukuran Sempena Kucing Selamat Berkhatan, Siap Buat Pulut Kuning.. Ini Respon Pemilik Kucing




Bila tiba cuti sekolah , macam biasa, akan ada musim berkhatan. Namun satu kisah yang unik jadi bualan para netizen semalam.

Ini bukan majlis khatan anak orang tapi ini kisah buat majlis kesyukuran sempena khatan anak bulu iaitu si kucing.

Satu perkongsian telah viral di media sosial apabila ada satu majlis kesyukuran berkhatan dibuat dengan jamuan pulut kuning untuk para hadirin sempena kucingnya dikhatankan.

“Kawan adik aku buat pulut kuning sempena sunatkan kucing beliau,” Itulah perkongsian dari pengguna Twitter @NiniNell pada Isnin, sehingga dishare lebih 25,000 kali di Twitter.

Pemilik kucing, Khairul Faizi Dalaiil akhirnya tampil memberi respon apabial kisah ini jadi viral.

Khairul Faizi berkata, majlis kesyukuran itu secara kebetulan dibuat sempena tiga kucingnya itu yang dimandulkan pada Sabtu lalu. Tiga ekor kucing yang ‘disunatkan’ bernama Achilles, Atlas dan Arez.

Namun pemuda berusia 32 tahun ini menjelaskan bahawa perkongsian pulut kuning berserta rendang telur burung puyuh itu merupakan tradisi keluarganya.

Ini komen tuan punya kucing:

“Sedekah atau beri pulut kuning ini memang cara ibu bapa kami lakukan sejak dulu. Kadang-kadang tu tanpa ada sebab pun, memang kami suka berkongsi dengan kawan-kawan.

“Sebelum ini pun, saya ada bawa dan kongsi pulut kuning dengan kawan-kawan di pejabat, tapi kebetulan kucing-kucing saya ‘disunatkan’, tu yang saja letak pelekat ‘majlis kesyukuran berkhatan’ bagi nampak cantik dan kreatif,”

“Saya ‘khatankan’ kucing-kucing ni pun ada sebab kerana mahu memastikan keadaan mereka terjamin supaya tidak terseksa apabila terlalu banyak untuk dijaga.

“Saya memang respek pada kucing-kucing. Malah, kalau ada kucing terbiar pun, saya akan pastikan mereka diberi makanan dan diletak pada pinggan kertas atau sekurang-kurangnya dialas dengan suratkhabar,”

Khairul Faizi menjelaskan lagi bahawa pemberian pulut kuning dengan lauk rendang telur burung puyuh itu sebagai tanda kesyukuran dan mahu menjamu rakan-rakannya.

Dia menafikan kata-kata dari netizen yang menyifatkan pemberian pulut kuning yang dibuat atas nama haiwan itu seperti mahu mempermainkan majlis kesyukuran.

“Tak kira siapa atau apa pun, kita sebagai manusia seharusnya bersyukur. Kucing juga merupakan makhluk Tuhan, kenapa nak ada double standard?

“Walaupun sekadar kucing, kita perlu menghormati haiwan ini sebagaimana kita menghormati manusia. Kita semua makhluk ciptaan Allah SWT, hormat-menghormati itu adalah sebaik-baiknya,”

Ituah penjelasan dari Khairul Faizi tentang isu ini.

Sumber: mStar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*