“Saya Mahu Dia Minta Maaf.” – OKU Warga Emas Ditendang Atlet Taekwando Negara Sebanyak 4 Kali Tanpa Henti Semasa Dalam LRT

Mempelajari seni mempertahankan diri seperti Taekwando ni adalah sesuatu perkara yang baik, terutamanya buat wanita yang sering jadi target kepada jen4yah dan keg4nasan.

Baru-baru ini, seorang atlet wanita taekwando negara telah disabitkan kesalahan menc3derakan seorang warga emas OKU dua tahun lalu semasa di stesen LRT Putra Heights, lapor Berita Harian.

Atlet taekwondo kebangsaan, Nur Dhia Liyana Shaharuddin hari ini diperintah memohon maaf kepada seorang warga emas kelainan upaya, yang memenangi saman berhubung dakwaan diserang dan ditendang di kaki oleh atlet wanita itu di stesen LRT Putra Heights 2 tahun lepas.

Peguam S Arunan, yang mewakili Placid P Rodriguez, 71, berkata, Hakim Mahkamah Sesyen, Lalilatul Zuraida Harron @ Harun mengarahkan Dhia, 25, memohon maaf secara bertulis yang akan diterbitkan di media cetak dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

Atlet tend4ng OKU warga emas empat kali di dada

Disebabkan kejadian berkenaan, m4ngsa yang merupakan seorang OKU separa buta, Placid P. Rodriguez, 71, telah bertindak menyaman atlet terbabit kerana bertindak mengasarinya dengan menolak mangsa di stesen LRT dan menend4ng dada warga emas tersebut sebanyak 4 kali.

Oleh itu, mahkamah telah mengarahkan Nur Dhia Liyana, 25 tahun untuk membuat permohonan maaf bertulis secara terbuka kepada Rodriguez menerusi media cetak dalam tempoh sebulan bermula dari 9 April lepas.

“Dia hanya mahu wanita berkenaan minta maaf” 

Menurut peguam mangsa, Dr. S. Arunan, kes ini tidak akan menjadi lebih rumit jikalau Nur Dhia telah meminta maaf dengan lebih awal.

“Dia hanya mahu wanita berkenaan meminta maaf, itu saja. 

“Majikan saya hanya mahu membersihkan namanya kerana wanita terbabit telah membuat laporan polis yang menyatakan dia telah diserang. Hakikatnya, apa yang berlaku adalah yang sebaliknya,” kata Arunan.

Tambah Arunan lagi, saman yang dibuat anak guamnya itu bukan untuk dapatkan wang pampasan semata-mata tetapi untuk menegakkan keadilan buat mangsa.

CCTV tayang atlet tolak mangsa sampai jatuh, tendang 4 kali tanpa henti

Menceritakan semula kejadian yang berlaku, pada 6 Julai 2017, Rodriguez pada ketika itu sedang berada di stesen LRT Putra Heights untuk pulang ke rumah.

Ketika tiba di landasan LRT, dia terlebih dahulu membiarkan penumpang lain untuk keluar dari gerabak LRT kerana ingin mengelakkan dirinya dari ditolak memandangkan mangsa seorang OKU separa buta.

Pun begitu, ketika dia melangkah masuk, mangsa telah ditolak oleh atlet terbabit dan mendengar Nur Dhia menjerit sambil memarahinya. Menerusi rakaman CCTV, Nur Dhia dilihat telah menendang mangsa sebanyak 4 kali tanpa henti, malah lebih mengejutkan dia langsung tak mengendahkan rayuan mangsa meminta simpati.

Untuk rekod, atlet terbabit pernah memenangi pingat perak bagi Sukan SEA 2017 dan dia pernah diarahkan mahkamah untuk membayar denda sebanyak RM2000 atas kesalahannya.

Sumber : Berita Harian & Lobak Merah & MSN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*