Lan Pet Pet Mengaku Bersalah Pukul Pengawal Keselamatan, Didenda RM2’000




PELAWAK Mazlan Ahmad, 50 atau Lan Pet Pet didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, selepas mengaku bersalah memuukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai pada 6 April lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, hukuman itu dijatuhkan sebaik pelawak berasal dari Kedah itu mengaku s4lah di atas pertuduhan dikenakan terhadapnya.

“Kes dianggap selesai kerana pelakon ini sudah dihadapkan di mahkamah dan didenda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, akhbar ini pada 7 April lalu melaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 70 tahun ced3ra ditmbuk dan diter4jang pelawak terbabit di perkarangan pondok pengawal di taman perumahan itu.

Dalam kejadian 8 malam, pelakon terbabit yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan berkenaan itu tanpa memberhentikan kenderaan dan menulis butiran diri dalam buku pelawat.

Pelawak yang menganggotai kumpulan Senario pada 1998 dikatakan mengejar sebuah kereta milik penduduk dan berlaku pertengkaran di hadapan sebuah rumah.

Disebabkan itu, pengawal itu menutup palang keselamatan menyebabkan kenderaan yang dipandu Mazlan tidak dapat keluar.

Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa ditmbuk di muka sebanyak tiga kali selain ditend4ng pada pinggang. Pelawak itu juga bertindak memb4ling batu ke arah mangsa.

Akibat kejadian, polis bertindak menahan pelawak berkenaan pada 7 April tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Sumber : Harian Metro




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*