Struggle Remaja Zaman 90an Sebelum Wujudnya Smartphone




Sedar ataupun tidak, golongan yang lahir pada tahun 90-an kini dah hampir mencecah 30 tahun dah, rasa macam cepat je masa berlalu kan?

Waktu umur macam ni, mesti ada waktu korang flashback balik zaman korang remaja dulu kan? Terutamanya dari segi lifestyle.

Nak dibandingkan dengan sekarang semua nampak senang, nak dating, nak telefon orang, nak berkenalan dengan orang semuanya mudah. Tak macam zaman kita dulu, masa kita umur remaja kena menghadap macam ni.

1. Nak dengar lagu? Record pakai kaset kosong

Kalau yang ni, remaja lahir tahun 80 an dan 90 an sama-sama lalui, bila ada keluar lagu baru kena simpan track dengan cara beli kaset kosong dan tekan 2 butang rakam yang warna merah dan butang play serentak di radio.

Paling best sekali kena tunggu depan radio sampai lah turn lagu tu keluar. Ada yang sampai berjam-jam lamanya. Lepastu korang akan nampak lagi cool kalau ada walkman, tapi kalau di zaman 90 an, orang tu akan jadi hotstuff  kalau ada mp3 player.

2. Simpan contact number dalam Accordion Book

Sebelum musim handphone  3 3 sekupang (10) dulu, accordion book ni lah yang jadi gadget kita untuk simpan nombor, alamat dan semua lah maklumat pasal orang tu untuk dibawa ke public phone.

Habis segala jenis nama pelik-pelik ditulisnya, lebih-lebih lagi kalau ada orang tu nama dia sama dengan orang lain yang kita kenal.

3. MiRC adalah Tinder masa tu

“ASL PLS”, geng-geng 80’s dan 90’s mesti akan faham term ni. Dulu mana ada date apps ni, MiRC ni jelah chatroom dimana ramai orang nak cari kenalan. Masa ni media sosial semua tak ada lagi.

Nak trade gambar pun kena pakai email, lepastu harapan nak dapatchatting dengan si dia tu belum tentu ada lepas habis satu sesi. Tulis nama dalam accordion book tu je lah harapan nak keep in touch.

4. Snap gambar tak cantik? There’s no turning back!

 

Dulu kena pakai filem, gambar buruk sikit kena snap balik tapi tak boleh banyak-banyak nanti membazir filem katanya, nak tak nak kena lah redha bila gambar tu dah siap cuci’.

Haih dah lah kena tunggu sampai seminggu, lepastu result alahai! Zaman sekarang boleh delete bila-bila masa siap boleh edit lagi. Lepastu snap lah sebanyak mana yang boleh.

5.  Dalam wallet mesti kena ada gambar passport partner.

Dulu wallet tu lah segala-galanya, situ lah tempat kita tatap gambar si dia. Lepastu pakai gambar passport je pun, dah nampak lawa. Ye lah masa tu kan tengah angau.

Situ jugalah tempat kita simpan duit, resit, kad, contact kawan dulu. Alahai! Rindu pula nak jadi muda-muda macam dulu.

6. Top up RM 30 dulu macam air

Masa makin berlalu dan teknologi pun dah mula canggih, masa ni dah mula ada handphone butterfly, ‘3 3 sekupang’ semua tu. Tapi masih tak secanggih sekarang, masih lagi kena top up, kalau nak buat call. Bayangkan top up RM 30 dulu macam air, nak kena ‘catu’.

Macam mana lah kita boleh gigih sms orang dengan caj 20 sen 30 sen per sms lepastu 50 sen ke 60 sen seminit kalau buat panggilan. Apa yang struggle lagi, masa semua revolusi ni baru diperkenalkan, bukan senang nak beli top up.

Dah susah kalau nak hubungi keluarga atau rakan kalau ada kecemasan pada tengah-tengah malam bila kredit dah habis sebab kedai dah tutup.

Sumber : LobakMerah

 




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*