Lelaki Ini Jumpa Ustaz Ebit Lew Dan Tanya Bagaimana Untuk Menjadi Suami Dan Ayah Yang Baik. Apa Ebit Lew Beritahu Buat Lelaki Ini Menangis




Ustaz Ebit Lew, nama beliau memang tidak asing lagi. Beliau selalu buat kembara jalanan untuk menyebarkan keindahan Islam kepada semua. Beliau akan berjumpa dengan sesiapa sahaja tidak kira bangsa, agama atau jantina. Nawaitu beliau hanyalah untuk menunjukkan bahawa Islam itu sememangnya Indah. Subhanallah.

Video Berada Di Bawah Artikel

Ustaz Ebit Lew memang dikenali untuk memuat naik video video sesiapa sahaja yang beliau jumpa. Baru baru ini beliau memuat naik 1 rakaman video ke Instagram rasmi beliau menunjukkan seorang lelaki meminta nasihat kepada beliau. Apa yang terjadi selepas itu memang boleh buat kita sebak.

“Saya ingin bawa isteri dan anak saya masuk syurga”

Sebak di airport tadi jumpa beberapa orang dapat berkongsi nasihat. Ada seorang abang ini baik sangat orangnya. Beliau menangis tanya soalan bagaimana ingin menjadi suami dan ayah yang baik. Beliau menangis bantu saya ustaz… Saya ingin bawa isteri dan anak saya masuk syurga. Ustaz selalu kata kita isteri dan anak cermin diri kita..saya terlalu sayangkan isteri dan anak-anak saya.

Allah sayang abang. Saya suka bila seorang ayah dan suami menangis kerana ingin menjadi yang terbaik untuk keluarga. Abang penatkan. Cian abang. Begitulah isteri abang.. Kita suami setiap hari solat 2 rakaat taubat minta petunjuk dan pertolongan Allah. Minta ampun kerana kurangnya kasihsayang dan didikan kita pada keluarga.. Kedua hidupkan amalan Talim dalam rumah setiap hari.

Rumah kita dipenuhi para malaikat. Anak isteri kita dapat sifat Taat dan kasih sayang..bimbing mereka dengan baik.. Ketiga bawa keluarga solat fardhu awl waktu. Ajak solat tahajud. Anak hari ini mereka rindu dua perkara kasih sayang mak ayah. Dan kasih Sayang Allah.. Bawa isteri dan anak jaga solat dan sujud pada Allah. Allah sayang abang. Kami berpelukan dan beliau menangis.. Kita semu rindu dan cinta sebenar..cinta pada Allah.

Ketiga dirumah haramkan perkataan menghina atau merendahkan. Selalu beri pelukan dan suap makan. Dengar cerita isteri dan anak kita. Mereka rindu ayah mereka. Isteri kita sunyi rindu suami mereka..Allahuakbar. – EBIT LEW

Video Ebit Lew

Semoga abang ini dipermudahkan urusan .. jangan risau, insyallah apa yang abang minta akan dimakbulkan kerana ini adalah perkara baik.– KLV

Sumber: KL Viral & Instagram Ebit Lew




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*