“Teringin Juga Rasa Apa Yang Kakak Saya Rasa.” – Ameera Khan Bakal Ganti Neelofa




Selebriti media sosial terkenal, Ameera Khan menyimpan keinginan untuk merasai pengalaman menjadi muse jenama fesyen seperti kakaknya, Neelofa.

Ujar Ameera, kolaborasi sulungnya bersama pereka fesyen Rico Rinaldi membuka jalan buatnya bertapak lebih utuh dalam industri fesyen.

“”Saya tak perlu fikir panjang, apabila ditawarkan oleh Rico saya terus katakan ‘ya’!

“Sebab saya mahu merasai keseronokan seperti apa yang kakak saya (Neelofa) lalui sebelum ini.

“Koleksi ini sangat melambangkan diri saya. Effortlessly chic! Tidak keterlaluan dan bukan minimal. Inilah baju raya yang akan saya sarung tahun ini,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, kata Rico, pemilihan Ameera sebagai Face of Summeraya 2019 selepas Neelofa tahun lalu merupakan langkah kanan.

“”Seorang selebriti atau personaliti yang akan menjadi wajah kempen Summeraya perlu bersesuaian dengan koleksi yang cuba diketengahkan.

“Tahun ini, Summeraya 2019 sangat ‘fun’ dan Ameera adalah pilihan yang paling layak. Bekerja dengan beliau sangat menyenangkan dan bakal menjadi bintang besar pada masa akan datang,” ujar Rico.

Sumber : Gempak




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*