“Asalnya Aku Dah Bawak Boxer Labuh Sikit Warna Dark Grey,Director Kata..” – Azhan Rani Kongsi Kisah Disebalik Boxer Pisang

Bagi peminat drama tempatan, setiap episod dalam Nur 2 sering dinantikan oleh penonton bagi mengikuti jalan cerita penuh dengan konflik dan kekeluargaan itu.

Paling berjaya menjentik hati penonton sudah semestinya watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani yang membuatkan ramai orang geram dengan sikap munafiknya.

Menerusi episod 10, terdapat satu babak dimana Nur lakonan Amyra Rosli cuba mempertahankan diri daripada Ustaz Hamadi yang mahu melepaskan nafsu.

Menerusi episod 10, terdapat satu babak dimana Nur lakonan Amyra Rosli cuba mempertahankan diri daripada Ustaz Hamadi yang mahu melepaskan nafsu.

Isteri kepada Ustaz Hamadi, Aishah lakonan Nur Khiriah muncul bagi meleraikan situasi tersebut namun menolak Nur ke dalam kolam untuk melemaskan wanita naif itu.

Walau bagaimanapun, penampilan Ustaz Hamadi mengenakan boxer merah dalam babak drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu mengundang perhatian netizen.

Menerusi laman Instagram, Azhan memuat naik posting berkenaan boxer itu sehingga menerima pelbagai reaksi lucu peminat dan pengikutnya.

Kecam jangan tak kecam!

Jangan halang saya mak!

Siap zoom in boxer!

Memang set4n Hamadi ni!

Komen netizen

Apa bener jika kita menanti seseorang terlalu lama, berarti kita akan mendapat uang… Iya kan iya kan iya kannnn…. – Ustaz Hamadi robinhood la sgttt.. 🙄 ahahahh smpi bile2 ku hafal dialog ko ni madi weiii 😂

Kelakar la part kolam semalam.. Blh pulak jd pengulas sukan renang🤣🤣. Kami anak beranak habis gelak sakan😂😂😂

Benci gile tengok bang madi malam td…nyirap je rasa..lagu si nopal pon kluar skali..dalam menyirap tergelak jugk..eh x paham la

Mak sy punya benci kat hamadi sampai boikot taknak tengok nur. Ayah sy pulak smpai genggam2 penumbuk tengok episod malam td ni. Elok lepas kene tampor, kami 1 family bersorak mcm waktu perak menang piala malaysia tahun lepas.

Aku suka part nyanyi lagu ziana zain🎶🎶”Sayang dengarkan lah,syair dan lagu ku dendangkan..🎶🎶Dengan mimik muka dan bibir🤣😂🤣

Namun rata-rata penonton berpuas hati apabila dia menerima tamparan daripada bapa mertuanya setelah lama menyimpan perasaan geram dengan perangai buruk Ustaz Hamadi. Sumber : Azhan Rani , Radius One , TV3 Malaysia

Artikel berkaitan: “Tolong Jangan Buat Nur 3,” – Jalan Cerita Kian ‘Annoying’, Netizen Mohon Tiada Sequel & Ini Respon Pengarahnya

Menerima ribuan mesej menyatakan ketidakpuasan hati terhadap perjalanan watak dalam Nur 2, pengarah Shahrulezad Mohameddin menjelaskan setiap apa yang dipaparkan punya maksud tersirat dan pengajaran tersendiri.

Malah, ada netizen mendakwa jalan ceritanya menjadi ‘annoying’.

“Tolong jangan buat dah drama Nur season 3. Takut pulak ayah haji kahwin dengan gadis Lorong, mak adan kena stroke sebab terkejut. Madi jadi bapak ayam.

“Ecah buka kedai jual sup bunjut lepastu kahwin dengan warden penjara. Adam kahwin 2. Nur aku takdak idea dia nak jadi apa better dia p kerja dekat baskin robin jelah makan aiskrim hari2 asyik kesian dekat orang pun tak guna. Haihh annoying betoi hahaha.”

Katanya, tidak mampu menjelaskan satu persatu kekecewaan penonton, namun bagi pengarah ini, situasi itulah yang sebenarnya berlaku dalam realiti yang mana penonton tidak mahu menerima hakikat.

“Kalau ikutkan hati abam ni abam nak ulas satu persatu komen penonton/netizen yg memberi reaksi terhadap kebodohan/naive Nur, Ecah dan Adam dalam medsos.

“Kalau boleh abam nak suap satu demi satu pengajaran atau maksud yg tersirat disebalik kejadian atau peristiwa yg berlaku dalam keluarga itu.

“Tapi abam sedar abam tak mampu berbuat demikian. Terlalu ramai yg tak puas hati dengan tiga watak ini yg mana abam rasa sedikit upset. Abam bukan upset dengan watak atau cerita abam.

“Tapi abam upset bila mostly penonton Nur masih lagi gagal untuk memahami kenapa abam design watak mereka sedemikian.

“Dalam pada masa sama mereka berteriak mahu cerita yg berpijak di bumi nyata dan realistik tapi dalam pada masa yg sama jugak mereka memilih untuk tidak mahu menerima realiti wujudnya watak watak sedemikian.

“Kalau boleh mereka nak menonton cerita Nur ni seumpama menonton sebuah gusti WWF yg mana setiap pukulan mesti dibalas saat itu jugak.

“Mereka seolah olah benci dengan Nur yg bodoh dan bengap itu walaupun watak Nur sebenarnya adalah cerminan segelintir wanita yg sorry to say memang ada yg senaif dan sebodoh Nur dan Ecah.”

Tulisnya lagi, Nur adalah mengisahkan kehidupan wanita di luar sana yang naif dan terlalu percayakan manusia.

Malah, tegasnya, tiada babak berlawan gusti dan Nur bukanlah superhero yang mampu bangkit sekelip mata melawan kekejaman.

“Cerita Nur 2 memang abam tujukan khas untuk perempuan2 dan lelaki2 naif dan lurus bendul diluar sana. Angkara Percaya Tergadai Bahagia. Sekiranya korang mengharapkan Nur bangkit balik dalam masa sekelip mata umpama watak watak hero dalam comic Marvel. Korang tersilap channel sebenarnya.

“Cerita Nur2 sangat simple mesejnya walaupun konflik dan plotnya kelihatan gelap pekat. Nak tahu apa mesejnya? Sila tunggu sehingga akhir. Itupun kalau korang bukan sejenis tak sabar atau cepat koyak. Again. Cerita Nur2 adalah mengisahkan kenaifan segelintir dari kita yg kerana terlalu percaya maka tergadai bahagianya. Itu saja.

“Ironinya semakin ramai wanita2 DM abam bercerita pasal dilema hidup mereka dalam berdepan dengan lelaki2 seperti Hamadi. Bila abam tanya kenapa tak keluar dari bubble itu.

“Mereka menjawab sama macam kenapa Aishah masih tak mampu untuk keluar dari cengkaman Hamadi. Ada yg dah berbelas tahun anak dah berderet. Bodoh? Ya mereka mengakui memang mereka bodoh.

“Apa yg mereka harapkan semoga Allah memberikan mereka kekuatan untuk bangkit. Aminnn,” tulisnya panjang lebar menerusi Instagram.

Apapun, Nur 2 tetap mempunyai peminatnya tersendiri dan masing-masing pun berhak memberikan pandangann. Betul tak?

Foto – Instagram Budak Ijat

Sumber : KLviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*