“Saya Tak Setuju Wanita Dipaksa Bertudung! Come On Lah…” – Latheefa Koy

Latheefa Koya menggesa orang ramai agar tidak memaksa wanita di negara ini untuk bertudung.

Anggota Jawatankuasa Pusat PKR berkenaan menegaskan Islam tidak memaksa umatnya dalam tuntutan itu menerusi satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Kredit foto: FB Latheefa Koya

“Saya langsung tidak bersetuju orang dipaksa pakai tudung! Itu bukan cara Islam. Tiada paksaan dalam Islam. Mana pergi prinsip ini.

“Hanya semata-mata seorang tak pakai tudung, adakah dia akan masuk neraka? adakah dia jadi murtad?”¬†tulisnya.

Menurutnya, ianya lebih dari sekadar sehelai kain di atas kepala untuk mencerminkan akhlak yang mulia.

“Tidak bermakna orang yang dengar atau hadiri forum itu akan terus luntur imannya,”¬†ujarnya.

Kredit foto: Twitter

Memetik MalaysiaKini, isu ini timbul selepas aktivis Maryam Lee Abdullah melancarkan bukunya ‘Unveiling Choice’ disusuli forum membincangkan isu wanita Melayu tidak lagi bertudung di Petaling Jaya. –¬†CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*