Fuuhh! Mari Kita Saksikan Artis Mana Yang Memakai Fesyen Yang Paling Melet8p!




#YangLegitYangLegend; Fesyen Artis Mana Paling Melet08op?

#YangLegitYangLegend; Fesyen Artis Mana Paling Meletop?

Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019) sekali lagi menyaksikan perang fesyen dalam kalangan selebriti yang hadir.Pelbagai busana diperagakan hasil sentuhan pereka tempatan mahu pun luar negara.Apapun yang pasti, tema glamor dipatuhi oleh kebanyakan tetamu yang hadir tidak kira selebriti, tetamu dan peminat.

Semangat itu yang memeriahkan acara dan mewarnai tema AME2019 Yang Legit Yang Legend tahun ini.

Gempak berkesempatan menemubual beberapa selebriti yang hadir penuh mempesonakan di karpet merah AME2019 semalam.

Jom lihat rangkuman fesyen selebriti AME2019:

1. Dayang Nurfaizah

Hadir dalam busana kot dres hitam dengan sedikit sentuhan putih pada lapel kiri, Datuk Rizalman tidak pernah mengecewakan.

“Sebenarnya saya menggunakan khidmat Rizalman dan ini kali pertama saya menyarung sut dres. Ada klasik look sedikit, manakala gaya rambut mengadaptasi Studio 54 sekitar era 1970-an,” katanya yang disolek Syed Faizal Syed Noh.

2. Ain Edruce

Ain Edruce mendapatkan khidmat Wanpa untuk dres nude hitam berlisu dengan godet fishtail.

Biarpun dres itu mirip dengan rekaan pereka fesyen antarabangsa, Ain masih mencuri tumpuan dengan ketika mengacarakan karpet merah AME2019.

“Keseluruhan look saya top to toe hari ini mendapat sentuhan daripada pasukan Wanpa,” kata Ain yang turut menjadi muse koleksi raya pereka itu tahun ini.

3. Jihan Muse

Masih juga disamakan dengan pereka antarabangsa Tom Ford, gaun perak milik Ashraff Zainal yang disarung pengacara AME2019 itu masih menjadi tumpuan sepanjang pentas dibuka.

Jihan tampil penuh elegan dan selesa dalam persalinan itu sepanjang acara.

4. Syafiq Farhain

Rekaan lapel ala Dior Homme yang pernah dipakai pelakon Nicholas Hoult ketika Oscars baru-baru ini, sut hijau yang disarung bintang Big Stage itu menarik perhatian ramai.

Syafiq mendapat khidmat pereka fesyen Singapura, Jay Carlista.

“Fesyen saya nampak ala tradisional. Saya serahkan kepada pereka fesyen saya asalkan sedap mata memandang dan sesuai dengan saya,” katanya.

5. Zizi Kirana

Shanell Harun dipertanggungjawabkan untuk mereka busana yang dipakai Zizi Kirana kali ini.

Bergemerlapan dalam rekaan sekuin berlisu cross body, Zizi masih kekal dengan imej tersendiri.

“Saya ikut elegan rock chic tetapi masih kekalkan identiti saya,” katanya yang disolek Chikathedivas.

6. Uyaina Arshad

Personaliti televisyen itu melantik Hatta Dolmat dengan sentuhan dres sekuin putih.

Elegan namun masih sopan disesuaikan dengan imej berhijab, Uyaina turut memperagakan barangan kemas dari Habib Jewels.

7. Sharifah Shahirah

Mengenakan kot oversized sekuin hitam bercorak dan dipadankan dengan seluar dan sepatu tumit tinggi, gaya Sharifah Shahirah turut memukau pandangan.

“Saya meletakkan kepercayaan kepada Ooi Couture cuma mahukan busana yang tidak terlalu menampakkan sosok badan saya. Jadi, saya pilih tema pakaian back to 1980’s,” katanya yang disolek Epie Temerloh.

8. Aiman Tino

Penyanyi kecil molek ini tampil dengan gaya sut hitam berjalur dan lapel unik yang dilengkapi dengan perincian pin emas.

“Ini idea daripada pereka fesyen saya, Watie Exclusive. Yang legit pada baju saya pastinya pin emas,” ujarnya.

#AME2019

A post shared by Manno (@official_aimantino) on 

9. Ismail Izzani

Smart kasual dipilih Ismail Izzani untuk AME2019. Bagi penyanyi muda ini, keselesaan diutamakan!

“Saya ditaja oleh SPAO & Nike. Saya cuba elakkan memakai blazer sebab mahu cuba sesuatu yang sempoi dan remaja,” katanya.

– You’re irreplaceable 💝 #bidadari (( 📸 @luqmanhere2 ))

A post shared by ONE & ONLY (@ismailizzani_) on 

10. Ariff Bahran

Syafieq Ayman diberikan tanggungjawab untuk menata gaya bintang muda Ariff Bahran pada karpet merah AME2019.

Tampil dengan blazer biru lembut dengan sentuhan layering yang cukup unik, Ariff punyai daya penariknya tersendiri.

11. Didie Alias

12. Ella

13. Janna Nick

14. Azar Azmi

15. Baby Shima

sumber: Gempak




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*