Peniaga Kuih Didakwa Di Mahkamah, Guna Wang Palsu Diberi Pelanggan Untuk Beli Barang.




Seorang peniaga kuih di Kuching didakwa di Mahkamah Sesyen kelmarin kerana menggunakan wang kertas palsu untuk urusan jual beli barang, lapor Utusan Borneo.

Chia Tee Fah, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Taufik Mohd@Mohd Yusoff.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Berdasarkan pertuduhan itu, Chia didakwa menerima wang bernilai RM20 yang disyaki palsu yang digunakan pelanggannya untuk urusan jual beli.Namun tertuduh berkata, dia tidak mengetahui bahawa wang kertas itu adalah wang kertas palsu dan menggunakannya untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai di Jalan Nanas Barat pada jam 8:30 malam, 6 Mac lalu.Pendakwaan dijalankan oleh Pendakwa Raya Nur Fadzlin

Zulhasnan, manakala tertuduh diwakili peguam Lim Lian Kee.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin serta 21 Mei depan untuk tarikh pengurusan kes.

Sementara itu, kes ini mendapat perhatian netizen di media sosial yang mempersoalkan kes tersebut yang dianggap tidak masuk akal.


Sumber : TheReporter




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*