Tarian Lincah Neelofa Di Pembukaan Anugerah MeleTOP Era 2019 Tarik Perhatian, Tapi Pakaian Dikaitkan Dengan Barang Lain Pula




ANUGERAH MeleTOP Era 2019 (AME 2019) yang mengetengahkan tema ‘Glam’ penuh gemerlapan dengan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’ akan mencapai kemuncaknya pada malam ini.

Acara anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 16 buah kategori pencalonan yang dipertandingkan akan dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 9.00 malam ini (21 April 2019), secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sebagai bonus, acara ini turut boleh diakses menerusi program ‘Live Streaming AME 2019’ yang disiarkan menerusi platfrom digital di saluran YouTube MeleTOP, Astro Go, NJOI Now dan On Demand bermula jam 8.30 malam untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Bagi edisi baharu ini, selebriti popular yang juga merupakan pasangan hos sensasi program ‘MeleTOP’ iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam AME 2019. Namun begitu, mereka masih kekal sebagai pengacara pentas AME 2019 bersama Jihan Muse.

AME 2019 menyaksikan persaingan sengit di antara aktor Remy Ishak dan Syafiq Kyle yang tercalon untuk tiga kategori individu yang sama iaitu ‘Fesyen MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.

Sebentar tadi telah berlangsungnya Anugerah Meletop Era 2019 yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil. Untuk tahun ini, percalonan dan persembahan daripada artis jemputan semuanya menarik belaka.

Yang paling menjadi bualan hangat adalah persembahan pembukaan daripada pengacara iaitu Neelofa. Siap menari lagu Kill This Love daripada Blackpink lagi.

NEELOFA BUAT KEJUTAN DI ANUGERAH MELETOP 2019

 Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse sebagai pengacara utama AME 2019 malam. — Gambar Astro

Neelofa membuat satu persembahan yang mengejutkan ramai orang apabila beliau mempersembahkan lagu dari kumpulan KPOP popular masa kini BLACKPINK.

Dengan mengenakan pakaian serba hitam berkilat disertakan tarian diikuti dengan lagu Blackpink membuat ramai yang teruja melihatnya.

Tetapi seperti tahun tahun sebelum ini sudah pasti pakaian beliau akan menjadi bualan netizen. Ini yang netizen samakan .. tak baik betul.

Tapi yang ni agak keterlaluan ..

Apa pun persembahan Neelofa patut diberi pujian.

Pasti ramai yang tidak sangka Neelofa rupa-rupanya pandai menari! Berlatar belakangkan lagu hits Korea Kill This Love dan Single Ladies daripada Beyonce, Neelofa telah membuatkan netizen tergamam. Power ke tidak?

Di Twitter, masing-masing meluahkan keterujaan melihat aksi ligat Neelofa itu. Apa pendapat korang?

‘Tak sangka Neelofa boleh menari’

‘Tunggu Neelofa keluar album’

Sumber : Twitter & KLViral




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*