Welcome Baby Girl! Isteri Nabil Selamat Bersalin Anak Ketiga




Isteri pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, Zira Ayub selamat menyambut kelahiran anak ketiga mereka.Berita gembira itu diumumkan secara eksklusif menerusi Instagram program @meletop sebentar tadi.

Menurut laporan, bayi comel itu selamat dilahirkan pada jam 1.00 tengahari tadi.

Istimewanya, entri tersebut juga turut disertakan dengan wajah puteri ketiga Nabil dan Zira.

“Tahniah Bambil @nabilzira & @zira.ayub selamat melahirkan baby girl jam 1.00 tengahari tadi.  3 anak dara dah hehehehe.

“Selamat berpantang ya ☺️ Oh! Nanti Nabil akan umumkan & share nama baby girl comel lotey ni secara Eksklusif dekat MeleTOP next week tau! Korang jangan lupa tengok ok! #MeleTOP,” tulis admin.

Dalam pada itu, menerusi ruangan, komen rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah selain selamat berpantang kepada Zira.

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.

Foto: Instagram @meletop via gempak




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*