Kisah Peribadi Penyumbang Utama Di Matamu Popular? Ini Penjelasan Sufian Suhaimi

Penyanyi Sufian Suhami menafikan dakwaan mengatakan kisah peribadinya sebelum ini menjadi penyumbang utama lagu Di Matamu melonjak hingga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Menurut Sufian, sambutan terhadap single itu sebaliknya lebih dibantu oleh cerita di sebalik lagu itu sendiri.

“Kita ada banyak lagu balada yang sedih, namun kita tak boleh nak jangka ia diterima atau tidak sebab kadang-kadang ia berlaku secara semula jadi.

“Apa yang saya nampak kekuatan pada Di Matamu ini lebih kepada cerita di sebalik lagu itu sendiri.

“Ia juga dibantu dengan gabungan lirik, melodi dan susunan muzik yang indah. Semua faktor ini menjadikan lagu Di Matamu ini diterima ramai dan membawa saya ke tahap ini,” katanya.

Jelas Sufian lagi, dia tidak kisah jika masih ada pihak yang menganggap dia masih hidup dalam kenangan lalu dan mengaitkan lagu itu dengan memori pahit.

“Saya faham apabila ada yang cakap saya tak ‘move on’ dengan kehidupan peribadi tambah lagi apabila ada elemen helikopter di dalam muzik video Mencuba.

“Itu hanya pada satu babak dan bukannya keseluruhan cerita. Kalau lihat menyeluruh, mungkin orang akan faham dan boleh buang stigma masyarakat,” katanya.

Sufian ditemui pada majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Record dan pelancaran lagu Mencuba di Restoran Majapahit di Kuala Lumpur, hari ini.

sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*