Dari Mana Punca Air Sungai ? Jawapan AL QURAN Sangat MENAKJUBKAN

Pernah tak kita terfikir, dari mana datangnya air sungai yang tak putus-putus walau dalam musim kemarau pun. Ini jawapan dari Al Quran.. Allahu. Subhanallah.

aTEORI PUNCA AIR SUNGAI

Seperti yang diceritakan oleh FB Saiful Nizar Abd Rahim (LINK). Dari aku kecil hingga skrg walau secara teorinya aku faham ttp secara logik akal aku masih tertanya2. Iaitu dari mana datangnya sumber air sungai.

Teori mengatakan dari mata air di gunung-ganang dan bukit-bukau yg mengalir melalui tanah dan batu2. Ada yg kata mata air tesimpan di celah2 pokok dan batu2 di hutan. Dari situ terjadinya sungai.

Memang benar tp akal fikir banyak mana sangat mata air tu? Di musim kemarau pun tak kering. Jika mata air di lembah kita faham ttp jika di tempat yg tinggi.. mcm mana mata air tu boleh naik tinggi.

Aku selalu tengok Google map paparan satelite. Mmg kebanyakan punca sungai dari tempat tinggi. Tp ada jg dari celah kampung mana ntah bermulanya punca sungai.

Bila tengok gambar ni.. pokok tak ada dan hanya batu pejal tiba2 keluar bercabang2 air terjun.. lagi pening. Banyak pula tu dan tentunya tak henti mengalir. Apa yg dpt kita kata hanya MasyaAllah, Subhanallah. Allah yg menjadikan semuanya utk kegunaan manusia, tumbuh2an, haiwan dan semuanya.

PUNCA AIR SUNGAI DALAM QURAN

Antara apa yg disebut oleh Allah di dlm Al-Quran ttg punca sungai..

Maksud firman Allah: “Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” – Al-Baqarah:74 .

Sumber: FB Saiful Nizar Abd Rahim (LINK)

Gambar Menakjubkan Bila Air Dari Dua Sungai Berbeza Bertemu

ni lah kuasa Allah…….

Dalam gambar yang menakjubkan ini, kita dapat melihat pertemuan di antara sungai Rhone dan Arve di Geneva, Switzerland. Sungai di sebelah kiri adalah Sungai Rhone, yang mengalir dari Tasik Lehman. Sungai di sebelah kanan pula adalah Sungai Arve, yang menerima air dari glasier di lembah Chamonix (terutamanya dari Mer de polos) sebelum mengalir utara-barat ke Rhone di sebelah barat Geneva, di mana tahap kelodak air sungai Rhone yang lebih tinggi mewujudkan satu perbezaan yang ketara di antara kedua-dua sungai ini.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*