“Nak Berniaga Buat Cara Halal Dan Berkat.” – Azhan Rani Berang Peniaga Ambil Kesempatan Guna Ustaz Hamadi

PELAKON Azhan Rani berang apabila ada pihak menggunakan nama dan wajahnya bagi tujuan mempromosikan sebuah produk tanpa kebenaran.

Menurut Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, 43, dia kecewa kerana perbuatan itu dilakukan pada hari pertama Ramadan.

“Buatlah drama #Nur sampai 10 musim pun, bersepah lagi yang perangai seperti #SyedHamadi.

“Ni satu lagi dalam bulan Ramadan, siap ada nombor telefon lagi,” katanya.

Azhan meluahkan rasa kesal itu dengan memuat naik posting berserta gambar di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Selain itu, pelakon watak Ustaz Hamadi dalam drama yang memenangi kategori Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2018 ini turut menempelak sikap masyarakat yang suka bercerita mengenai keburukan orang lain namun tetap melakukan perkara sama.

 

“Nak berniaga buat cara halal dan berkat. Kita bercakap keburukkan #SyedHamadi.

“Tapi kenapa tak boleh buktikan kita bukanlah daripada golongan ini?” katanya.

Tegas Azhan, dia sememangnya tiada kaitan dengan produk berkenaan.

“Allahuakbar… saya tiada kena mengena dengan produk ini.

“Gambar ini digunakan untuk tujuan perniagaan tanpa kebenaran saya terlebih dahulu,” ujarnya.

Penafian Azhan kononnya dia mewakili produk itu juga mengundang reaksi netizen yang turut sama mengecam perbuatan berkenaan.

“Ambil kesempatan betul… Mentang-mentang Ustaz Hamadi tengah up.

“Tak berkat tau berniaga macam ni. Banyak lagi cara nak lakukan produk,” tulis beberapa netizen di¬†Instagram.

Sementara itu, berdasarkan semakan mStar di laman Facebook individu berkenaan, pemilik akaun itu didapati membuat posting menggunakan gambar Azhan Rani bagi tujuan mempromosikan bantal tidur.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*