Motor Ini Pernah Tular Sebab Ibu Dia Letak Perjanjian Tetapi Sekarang Tular Lagi Sekali Sebab Motor Ini Hilang Dan Ini Ganjaran Yang Dia Tawarkan Untuk Siapa Jumpa Motor Tular Ini




Kisah ibu belikan sebuah motorsikal jenama Yamaha Y15zr pernah tular di media sosial, pasti ramai yang ingat terutama kerana ibunya meletakkan syarat tidak boleh bawa anak dara. (yang ni la ramai orang ingat huhu!)

Daniel Ashraff bersama ibunya, Norasiah Yahaya di hadapan kedai motosikal. – MSTAR ONLINE

Perkongsian kontrak tersebut oleh Daniel Ashraff Abdul Hakim di Twitternya menjadi tular dan diulang kicau sebanyak 5,105 kali serta mendapat 4,667 tanda suka.

Pemuda berusia 19 tahun itu ketika dihubungi mStar mengakui dia sendiri terkejut apabila menerima perjanjian yang ditaip rapi itu daripada ibunya, Norasiah Yahaya.

Antara 10 syarat terkandung dalam perjanjian kontrak yang tular di media sosial.

“Surat tu saya dapat masa nak pergi ambil motosikal yang mama belikan sebagai hadiah atas pencapaian saya semasa di matrik. Waktu tu mama saya baru balik kerja dan dia jemput saya di rumah.

“Saya buka pintu kereta tiba-tiba saya tengok ada kertas atas kerusi (kereta). Saya baca… agak terkejut dan pada masa sama saya tergelak juga. Tak sangka langsung nak dapat surat tu,” katanya.

Bagaimanapun Daniel Ashraff berkata ibunya memang seorang yang bersikap teliti dalam perbelanjaan anaknya.

“Mama saya memang jenis teliti. Dulu saya pernah minta dia top-upkan (kad tambah nilai pra bayar) sewaktu di matrik pun dia suruh saya buat belanjawan pasal top-up dan belanja bulanan saya.

“Dia kalau boleh ada sesetengah perkara perlu bersurat macam ni terutamanya bila beli motosikal dan laptop. Dia tegas tapi sentiasa utamakan anak lebih daripada dirinya sendiri,” katanya.

Tweet Daniel Ashraff menjadi tular di media sosial.

Pada masa sama, Daniel Ashraff turut terharu apabila menerima hadiah paling mahal daripada ibunya itu.

“Mulanya mama nak belikan masa saya habis sekolah asrama tapi saya tangguhkan sebab waktu tu dapat tawaran masuk matrik. Hanya bila keputusan di matrik saya cemerlang barulah mama sendiri beritahu nak hadiahkan saya sebuah motosikal.

“Saya amat terharu sebab dia hadiahkan saya motosikal baharu, saya tak minta dia belikan tapi dia tahu saya minat motosikal tersebut. Saya pun terkejut sebenarnya sebab dia belikan cash,” katanya.

Ditanya mengenai 10 syarat dalam surat tersebut, pemuda berasal dari Rawang, Selangor itu mengakui dia tidak mampu memenuhi semua syarat tersebut.

MOTO BARU HILANG .. PARKING DALAM RUMAH

Malang tidak berbau, ibu kepada Daniel Ashraff  telah memuat naik 1 status untuk meminta bantuan orang ramai kerana motorsikal yang baru dibeli untuknya anak telah hilang dicuri.

Menurut Aisyah Yahaya, beliau menyedari motor itu hilang selepas dia bangun tidur. Motorsikal tersebut diletakkan di dalam rumah yang berpagar.

Puan Aisyah Yahaya telah meletakkan ganjaran sebanyak RM1000 untuk sesiapa yang berjaya menemui motorsikal tersebut. Ganjaran yang agak tinggi tetapi Puan Aisyah Yahaya kata nilai peribadi motorsikal tersebut amat besar bagi dirinya. Beliau amat terkilan kerana motorsikal tersebut diberi untuk anaknya pergi kerja dan belajar sebenarnya.

Kejadian berlaku di Bukit Rawang Jaya, Rawang Selangor.

Pada sesiapa yang tahu atau jumpa motorsikal tersebut mohon hubungi Puan Aisyah Yahaya.

Tidak perlu kita kecam mereka hanya kerana kisah motorsikal ini pernah viral.

Sumber :KLVIRAL

Notakaki: Semoga dipermudahkan untuk mereka jumpa motor tu balik ..

 




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*