Tak Sempat Berbuka Puasa, ‘Ramadan Terakhir’ Buat Ummi.

WANITA m4ut selepas kereta dipandu suaminya terbabit dalam kem4langan di Kilometer 122, Jalan Jerangau-Jabur di Padang Kubu, dekat Chukai, hari ini.

Dalam kejadian 3.50 petang itu, Ummi Baizura Rahmat, 28, berasal dari Sungai Tong, Setiu, meningg4l dunia di tempat kejadian akibat kec3deraan di bahagian dalaman badan.

Bagaimanapun, suaminya, Mohd Taquddin Ramli, 32, dan bayi perempuan mereka, Nurhafiya Aufa Muhd Taquddin, 2, cedera ringan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Honda City dipandu Mohd Taquddin dipercayai terbabas ke laluan kanan jalan sebelum terhumban ke dalam cerun sedalam kira-kira empat meter di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian menghubungi talian kecemasan sebelum pegawai kesihatan sebuah klinik kesihatan berhampiran tiba dan mengesahkan mangsa sudah meningg4l dunia.

“Mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang di Johor manakala suaminya bekerja di tempat sama.

“Mangsa sebelum ini pulang bercuti di rumah keluarganya di Setiu dan ketika kejadian, mereka dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah keluarga suaminya di Cherul, Kemaman,” katanya.

Beliau berkata, m4yat m4ngsa kemudiannya di bawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebum1an.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : MyMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*