“Saya Berharap Netizen Tidak Kecam.” – Farahdhiya Berhijab Sempena Ramadan




“SAYA berhijab atas kerelaan sendiri dan bukannya mengikut trend atau menunjuk-nunjuk kepada orang. “Hati saya terbuka untuk berhijab pada Ramadan ini selepas terbaca kempen mengajak wanita berhijab dengan tanda pagar #RamadanHijabChallenge dari rakan-rakan di laman sosial,” kata penyanyi dan pelakon Farahdhiya Mohd Amin ketika mengulas mengenai foto berhijab yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sejak hari pertama Ramadan.

Bagaimanapun, kata Faradhiya, 34, dia hanya memakai hijab mengikut kesesuaian keadaan dan majlis dihadiri.

“Saya tidak berani cakap akan mengenakan hijab sepanjang Ramadan ini kerana bergantung pada keadaan. “Saya berharap netizen tidak akan kecam jika ternampak ada hari tertentu saya tidak berhijab pula nanti. “Sebab itu, saya tidak tulis tanda pagar #hijab30 pada gambar saya berhijab yang dimuat naik di laman Instagram,” katanya kepada Harian Metro.

“Saya akan memulakan penggambaran telefilem itu esok dan ia akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan terus berhijab selepas kempen #RamadanHijabChallenge berakhir, Faradhiya meminta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya memang tidak berhijab dan hanya memakainya pada Ramadan ini.

“Sama ada saya akan terus berhijab atau tidak nanti, doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya. Terdahulu, penyanyi Zizi Kirana juga dilaporkan berhijab kerana menyahut cabaran penyanyi Mizz Nina yang mengadakan kempen mengajak wanita berhijab sepanjang Ramadan dengan tanda pagar #RamadanHijabChallange dan #Hijab30 di media sosial.

Sumber : MyMetro




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*