Tular Video Aksi ‘Nakal’ Zaquan Adha, Ini Jawapan Isterinya Ayu Raudhah.




VIDEO nakal mirip penyerang bola sepak kebangsaan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak kembali menjadi tatapan warga Twitter sejak beberapa hari lalu.

Tahun lalu, video mirip pemain Liga Super Kedah itu turut tersebar dengan berseluar dalam putih sedang beraksi di hadapan kamera.

Namun terbaharu, video berdurasi kira-kira dua minit itu sekali lagi dilihat seakan-akan milik wajah Zaquan tanpa memakai sebarang pakaian.

Bagaimanapun suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu enggan memberi sebarang penjelasan mengenai video yang tular itu.

“Maaf… saya tidak perlu perjelaskan apa-apa… cukup sekadar famili saya sahaja yang tahu apa yang terjadi,” ujarnya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Pada November lalu, Ayu Raudhah tampil memberi penjelasan mengenai video Zaquan berseluar dalam itu.

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak.

“Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki,” ujarnya.

Zaquan, merupakan pemain bola sepak senior negara telah berkahwin dengan Ayu pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Sumber : Mstar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*