“Biar Dia Mereput Macam Tu Sampai Ke Tua.” – Azhan Rani Saran Hantar Anak Ke Spa, Mandi Jakuzi Jika Tak Boleh Dirotan.

PELAKON Azhan Rani menyindir sikap segelintir ibu bapa yang tidak membenarkan guru melaksanakan hukuman rotan  meskipun anak mereka melakukan kesalahan.

Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, 43, berkata, ibu bapa yang tidak bersetuju dengan hukuman itu sepatutnya menghantar anak-anak mereka ke spa untuk dibelai.

“Kalau anak-anak yang buat masalah di sekolah tak boleh dijentik, dihukum nak dipuji dan dibelai sepanjang masa maka lebih baik hantar anak ke spa lima hari seminggu.

“Dapatkan urutan aroma terapi, mandi jakuzi dan wap sekali.

“Biar dia mereput macam tu sampai ke tua,” katanya.

Sindiran itu diluahkan Azhan kerana mempunyai kaitan dengan watak seorang guru sekolah yang dipegangnya dalam cerekarama berjudul Terima Kasih Ibu di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Tambah Azhan, meskipun membawa watak seorang guru yang dilakonkannya selama seminggu, dia mengakui tanggungjawab seorang guru lebih mencabar jika tidak dapat melaksanakan hukuman dalam mendidik pelajar.

“Cerita fasal cerekarama #terimakasihibu ni, banyak juga dapat feedback pasal sistem dan peraturan untuk guru-guru sekarang sudah banyak berubah. Dapat saya rasakan tanggungjawab seorang guru sangat mencabar walaupun hanya seminggu sahaja jadi ‚Äėcikgu wayang‚Äô dalam¬†#terimakasihibu.

“Memang tak mungkin cikgu sekarang bawa rotan, tak boleh nak hukum pelajar bermasalah, atau jalan itik, potong rambut pelajar lelaki yang simpan rambut panjang, rotan pelajar lelaki yang rakam gambar pelajar perempuan dalam tandas, jerit, marah pada pelajar hisap rokok dan bergaduh di sekolah dan macam-macam lagi.

“Zaman dah berubah, walaupun¬†#niljibril¬†tu pun memang ada sikit dalam diri saya masa zaman sekolah, tapi tidaklah sampai membunuh orang. Nakal dan kaki melawan juga,” katanya.

Dalam pada itu, Azhan berkata, pengalaman dihukum dan dirotan yang diterimanya banyak memberi panduan dalam menjadi lebih baik.

“Hari ini saya bersyukur kerana sudah melalui macam-macam hukuman dan denda yang membolehkan saya menjadi ‘orang’ hari ini.

“Macam-macam lagi yang saya kena, setakat rotan pelbagai saiz, berdiri berjam-jam atas kerusi, lari pusing padang 8¬†round, tol ketampi 300 kali sampai terkengkang naik tangga…

“Saya percaya semua itu menjadikan peringatan dan panduan untuk saya hari ni. Bagi saya, pokok pangkal terpulang kepada orang tua juga. Sejauh mana nawaitu menghantar anak-anak ke sekolah,” katanya.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*