Solat Terawih Paling Lama Sampai 8 Jam, Baca 30 Juzuk 1 Malam.




Kalau sebelum ini kita dah terkejut dengar sebuah lokasi di daerah Indramayu, Indonesia di mana para jemaahnya membuat solat tarawih paling laju dalam masa 7 minit.

Kali ini, ada pula solat tarawih paling lama iaitu sehingga 8 jam!

20 rakaat tarawih, 3 rakaat witir

Menurut laporan Liputan6, solat tarawih itu dibuat setiap hari pada bulan Ramadan.

Ia dibuat di Masjid Agung Al-Fatah yang terletak di Desa Temboro, daerah Karas, Magetan, Indonesia.

Solat tarawih yang dilakukan di masjid ini sama jumlah rakaatnya dengan masjid lain, 20 rakaat tarawih dan tiga rakaat witir.

Satu rakaat satu juzuk Al-Quran

Apa yang membezakannya adalah imam membaca satu mashaf al-Quran atau bersamaan satu juzuk al-Quran, kata Pengurus Pondok Pesantren Al-Fatah, Zaenal Abidin.

“30 juzuk al-Quran dibahagi kepada 20 rakaat dengan empat rakaat salam. Jadinya, satu rakaat rata-rata satu juzuk al-Quran,” kata Zaenal lagi.

Solat tarawih ini pernah mendapat liputan CNN Indonesia.

Kebanyakan jemaah solat tarawih di masjid ini juga terdiri daripada penghafaz al-Quran di Pesantren Al-Fatah dan juga penduduk setempat.

Kebiasaannya, solat tarawih di sini dimulakan selepas solat Isyak dan berlanjutan hingga jam 3.00 pagi waktu tempatan sekali gus menghampiri waktu sahur.

“Yang menghidupkan malam terawih panjang kebanyakan pelajar Malaysia jugak..”

Orang ramai juga berkata ada juga rakyat Malaysia yang menuntut di pondok ini. Malah ia memang terkenal dengan para huffaz.

Sumber : Liputan6 & LobakMerah




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*