Akhirnya Warga Emas Yang DibuIi Remaja Buka Mulut Dedah Cerita Sebenar. Ini Kata Kata Beliau Pada Remaja Tersebut

Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi seminit yang memaparkan beberapa remaja berusia belasan tahun membuli bekas pemandu lori berkenaan di kawasan parkir berdekatan padang bola sepak di kampung terbabit.

Seorang daripada mereka antaranya sengaja menjatuhkan motosikal lelaki lembam itu dan turut membaling kotak selain mentertawakannya bersama rakan lain.

Selain itu, satu video turut tular memaparkan beberapa remaja itu dibawa untuk memohon maaf kepada mgsa dengan turut dipenuhi ratusan penduduk kampung.

Mohd Mudakir berkata, dia hanya berniat menegur kumpulan remaja itu yang dilihat melepak di kawasan parkir berkenaan pada petang 7 Mei lalu.

“SAYA sudah memaafkan mereka yang dianggap seperti cucu sendiri dan tidak sesekali menyimpan dendam. Ia sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” kata Mohd Mudakir Abdul Wahid, 59, yang menjadi mgsa buIi sekumpulan remaja lelaki di Batu 7, Kampung Sijangkang, Banting.

“Namun, saya tidak menyangka kejadian itu tersebar dan terkejut apabila rumah didatangi lima remaja bersama keluarga masing-masing selain kira-kira 1,000 penduduk kampung malam tadi.

“Semua remaja itu hadir bagi memohon maaf dan saya memaafkan perbuatan mereka,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Kata bapa kepada tiga anak itu, dia sememangnya sentiasa meronda bersama motosikalnya di kampung itu dan menegur remaja supaya melakukan aktiviti berfaedah terutama menunaikan solat apatah lagi ketika Ramadan.

“Namun, mereka hanya budak-budak dan saya turut mengenali ibu bapa mereka yang juga penduduk kampung sama.

“Saya tidak mahu memanjangkan perkara itu sehingga membuat laporan polis. Mereka mungkin berniat untuk bergurau, namun agak melampaui batas,” katanya yang juga kariah surau kampung berkenaan.

Bagi adiknya, Hairuzaman, 47, dia sekeluarga sememangnya kecewa dengan kejadian itu dan mengharapkan ia tidak berulang pada masa akan datang.

“Abang saya mula menghadapi masalah lembam selepas terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Jalan Pelabuhan Klang pada Disember 1985.

“Dia hanya berniat untuk menegur dan saya tidak sangka pula sehingga menjadi tular.

“Kami memaafkan remaja itu dan berharap ia menjadi pengajaran berguna kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Tindakan remaja itu dilihat agak keterlaluan terhadap orang dewasa sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dan maarah dalam kalangan ahli keluarga serta penduduk kampung.

“Bagaimanapun, tiada laporan polis diterima setakat ini dan ia diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak berkenaan,” katanya.

Sumber : Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*