Selepas ViraI Rakaman Remaja BuIi Warga Emas, Lelaki Ini Tampil Dedah Perangai Sebenar Warga Emas Tersebut

KUALA LANGAT – Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan sekumpulan remaja sedang membuuli seorang warga emas dalam kejadian dipercayai berlaku di Sijangkang, Selangor.

Menerusi rakaman klip video yang tersebar di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kelihatan kumpulan remaja terbabit sedang membuli warga emas berkenaan sehingga mendapat keccaman netizen.

Selain itu, salah seorang daripada remaja terbabit kelihatan seakan-akan ingin menjatuhkan motosikal yang ditunggang oleh warga emas berkenaan.

Lebih menyedihkan, remaja terlibat turut dikesan membaling objek ke arah warga emas maIang itu sambil ketawa.

Rakaman yang tular itu dikatakan telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat di kawasan berkenaan yang kemudiannya bertindak untuk mencari remaja terbabit.

Selain itu, terdapat juga tiga klip video lain yang dimuat naik menerusi laman Facebook memaparkan penduduk setempat berjaya mengenal pasti remaja berkenaan.

Penduduk bertindak mencari remaja terlibat.

Kelihatan puluhan penduduk membanjiri rumah remaja itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan mereka.

Menurut seorang netizen, Joha Jaafar, dia amat mengenali warga emas itu yang disifatkan sebagai peramah dan suka bermain dengan kanak-kanak.

Kraekter sebenar Warga Emas yg dibuli

“Aku penduduk asal Sijangkang kenal sangat dengan orang tua ni. Dulu masa kecil suka dia dengan budak-budak selalu tegur dia, ajak dia main kampung. Zaman dah berubah. Hormatilah dia,” tulisnya.

Sementara itu, Norazli Al Jauhary turut mengagumi tindakan penduduk setempat yang pantas mencari kumpulan remaja terlibat.

“Tahniah penduduk setempat. Sama-sama banteras tingkah laku biaddap remaja akhir zaman. Harap teruskan amalan amal makruf nahil mungkar ini.Semoga penduduk seperti tempat ini sentiasa bersatu menentang kemungkaaran,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman Hakim berharap agar anak muda menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran.

“Jadikanlah pengajaran anak muda. Masa depan jauh lagi jangan dok ikut sangat kata kata orang nakal zaman muda. Zaman tua belum tentu begitu. Bina jati diri bermula dari muda lagi baik dari bila dah tua baru nak berubah. Jadikan pedoman,” katanya

Berikut status terkini kes ini di media sosial

Kejadian siang tadi 12mei2019, mlm dah kena angkut ngan orang2 kampung…
lokasi kejadian sijangkang(selangor)..

 ,

bayangkan kalau wak tu sedara mara kita.. agak2 budak2 ni bulih apa???

Anak2 jaman now.
Hebatnya kamu.
Yakinnya kamu.

Berita Daun Nipah ..
13mei2019 jam 2.58pagi.

Sumber : viralnetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*