“Mental Dan Fizikal Saya Terganggu.” – Bella Nekad Teruskan Kehidupan Tanpa Aliff.

PERBUATAN curang penyanyi Aliff Aziz akhirnya memaksa isterinya, Bella Astillah mengambil keputusan tegas terhadap nasib rumah tangganya.

Kata Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, dia mungkin akan meneruskan kehidupan bersama anak mereka, Mohamad Ayden Adrean tanpa suami.

“Apa yang terjadi menganggu mental dan fizikal saya… dan akhirnya saya ada satu keputusan akan meneruskan hidup tanpa Aliff.

“Kalau saya nak perbaiki hubungan ini pun ia adalah kerana anak,” tulisnya di¬†Instagram.

Pada Selasa, foto mirip penyanyi Aliff Aziz yang tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tersebar di laman sosial.

Selain foto, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memperlihatkan lelaki yang juga dikatakan menyerupai Aliff bersama wanita sama dikenali sebagai Nismell.

Dalam pada itu, Bella turut meminta orang ramai supaya tidak lagi menghubunginya mengenai kontroversi membabitkan rumah tangga dia dan Aliff.

Bella sebaliknya berharap masyarakat memberikan ruang untuk dia menyelesaikan isu tersebut.

“Saya tahu ada antara anda mempunyai niat baik untuk bertanya.¬†Ada juga yang berniat jahat dan memanggil saya bodoh kerana terus mempertahankan perkahwinan kami.

“Saya sangat menghargai jika orang ramai berhenti menghantar mesej peribadi (DM) atau untuk bercakap tentang hal ini dan buat spekulasi mengenainya.

“Saya minta anda hormati keputusan saya dan beri ruang untuk melalui perkara ini. Terima kasih atas sokongan anda dan saya nak teruskan hidup dengan askar kecil (anak) saya,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*